PMO ugut saman Puad Zarkashi kerana kenyataan berhubung pemantauan tiga hari untuk menteri


Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengugut menyaman Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi berhubung kenyataannya melibatkan peraturan pemantauan tiga hari untuk menteri yang pulang dari luar negara.

Dalam hantaran di Facebook hari ini, Puad mempertikaikan sama ada peraturan baharu itu berkaitan dengan lawatan rasmi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ke Jakarta, baru-baru ini.

Beliau menyoal sama ada dakwaan berhubung kekacauan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang berhubung proses kuarantin wajib adalah benar, seterusnya sama ada itu punca peraturan baharu berkenaan diwujudkan.

Peraturan itu termaktub dalam arahan menteri yang berkuat kuasa hari ini sehingga 1 Ogos, yang memerlukan menteri cuma menjalani pemantauan selama tiga hari atau pengawasan sehingga boleh dibenarkan pulang tanpa membahayakan orang ramai.

Dalam kenyataan, PMO berkata dakwaan Puad itu langsung tidak benar.

“Perdana Menteri telah diberi Perintah Pengawasan di Rumah dan gelang tangan (kuarantin) sebaik tiba dari Jakarta, Indonesia pada 5 Feb.

“Beliau sedang menjalani kuarantin di rumah,” kata PMO dan menambah dakwaan Puad itu berniat buruk.

Menyifatkan kenyataan Puad sebagai berniat jahat, PMO berkata tindakan undang-undang akan diambil bekas ahli parlimen itu sekiranya gagal memohon maaf secara terbuka kepada perdana menteri.

Orang ramai menyuarakan rasa tidak puas hati dengan peraturan baharu mengecualikan menteri Kabinet yang pulang selepas lawatan rasmi, daripada melalui kuarantin wajib selama 10 hari, kerana menganggapnya dwistandard.

Sementara itu, di media sosial ramai yang menggesa menteri kesihatan Dr Adham Baba meletak jawatan berhubung isu itu. FMT

Takiyuddin sindir Puad Zarkashi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker