Takiyuddin sindir Puad Zarkashi

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan menyindir Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi yang menggesa ahli parlimen Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Takiyuddin berkata, seorang pemimpin yang sejati adalah mereka yang meninggalkan legasi dengan berusaha mempertahankan penyatuan dalam kalangan rakyat.

Ketua Penerangan Pas itu berkata, pemimpin sejati akan menunjukkan sikap untuk mempertahankan perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Legasi paling murni seorang pemimpin sejati adalah merangka dan mempertahankan penyatuan dan perpaduan dalam masyarakat dan negaranya.



“Perpaduan perlu diasas atas kejujuran, jika tidak ia adalah tidak lebih baik daripada satu konspirasi,” ciap Takiyuddin di Twitternya.

Dalam ciapan itu Takiyuddin turut berkongsi laporan berita bertajuk ‘Puad Zakashi gesa BN tarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Mohd. Puad yang tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 berkata, cadangan beliau itu susulan kegagalan kerajaan dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengotakan janji.

Ini terutamanya dalam mempermudahkan pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pemberian enam bulan moratorium secara automatik.



“Betul, MP akan dipertanggungjawabkan. Mereka sahaja yang boleh mengundi. Harga seorang MP memang mahal. Lebih mahal jika mereka melakukan “keberanian politik”.

“Justeru apa langkah seterusnya yang boleh dilakukan?

“Tarik sahaja sokongan daripada Muhyiddin sebagai PM. Nampak macam kamikaze. Tetapi apa salahnya, demi rakyat.

“Mungkin tidak semua MP BNBBC sanggup. Lima tarik sokongan pun Alhamdulillah. Tiga pun ok. Gunakan hati nurani,” katanya menerusi Facebook miliknya, pada Khamis.



Menurut bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu, rakyat masih terbelenggu dengan kriteria kategori kedua pengeluaran i-Sinar KWSP manakala pemberian moratorium automatik hanya diberi kepada golongan B40, M40 dan peniaga kecil.

Mohd. Puad antara segelintir pemimpin UMNO dari Johor yang lantang bersuara dan memberi pendapat berhubung kerjasama parti itu dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional. SM

KWSP dan moratorium : Puad ajak ahli parlimen BN tarik balik sokongan pada Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker