Penonton hampir pecah muka, banyak persoalan perlu jawapan

Penonton hampir pecah muka, banyak persoalan perlu jawapan

Oleh Hishamuddin Aun

Seorang penonton bola sepak hampir pecah muka, banyak persoalan perlu dijawab. Pemuda 30 tahun itu membuat laporan polis mendakwa dipukul anggota Askar Timbalan Setia Johor (JMF). Fotonya yang tular dengan kepala berbalut, mata kanan hitam lebam, pipi berbirat, hidung berplaster serta bibir bengkak hanya boleh mengundang dua reaksi – kasihan dan marah – di samping keadilan yang dituntut untuk ditegakkan.



Kasihan kerana pemuda berusia 30 tahun itu diperlakukan sebegitu rupa hingga mengalami kecederaan teruk di atas kesalahan yang mungkin tidak pun seberapa dan hanya siasatan lanjut polis boleh menjelaskan sebab-sebabnya. Marah pula kerana apa yang melayakkan pelaku atau pelaku-pelakunya untuk berbuat demikian ke atasnya tanpa sebarang belas kasihan dalam perbuatan yang harus boleh ditakrifkan sebagai satu penderaan.

Letakkan diri anda di tempat pemuda berkenaan, ahli keluarga, rakan sekerja, atau sahabat-handainya dan anda akan tahu apa yang dimaksudkan.

Sebagai latar belakang, seorang penonton dalam perlawanan akhir Piala FA di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City FC di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Sabtu lalu, mendakwa dipukul pegawai Askar Timbalan Setia Johor (JMF) hingga hampir pecah muka.

Ketua Polis Iskandar Puteri Rahmat Ariffin berkata pemuda itu turut mendakwa mengalami kecederaan dan membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, Kuala Lumpur, pada 11.50 pagi Ahad. Mangsa, dipercayai seorang penyokong KL City FC yang pulang ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan, ditahan di wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).



“Doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan patah hidung, pendarahan di kepala dan mata kanan serta lebam di seluruh badan.

“Kes disiasat bawah Seksyen 326, Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda lain yang berbahaya),” kata Rahmat dalam satu kenyataan.

Orang ramai yang melihat kejadian itu dikehendaki ke Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Iskandar Puteri untuk membantu siasatan. Sejurus berita mengenai kejadian itu tular, media sosial dihujani pelbagai reaksi kesal dan marah terhadap tindakan yang rata-rata dianggap keterlaluan.

“Sekali lagi, kami sedang menanti Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, untuk komen,” kata seorang pengguna media sosial, @SyedJymalZahiid.



Harus ditanya juga ialah bagaimana kejadian itu boleh berlaku ketika ramai kenamaan turut hadir di stadium, sesuai dengan taraf perlawanan itu sebagai perlawanan akhir, dengan sebuah piala menjadi rebutan. Selain pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, selaku tuan rumah perlawanan malam itu, turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, dan Setiausaha Kerajaan Johor Azmi Rohani. Pihak penganjur, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), pula diwakili Presiden Ab Ghani Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif Stuart Ramalingam.

Tentunya mereka juga mahu tahu apakah yang sebenarnya terjadi agar sebarang langkah pencegahan boleh diambil pada masa depan.

Stadium serba canggih yang bertaraf dunia itu akan turut terpelihara nama baiknya daripada tercemar oleh suatu tindakan yang dirasakan di luar batasan.

MFL, dalam satu kenyataan 1 Jun lalu, mengesahkan hanya menerima bidaan daripada JDT untuk menjadikan Stadium Sultan Ibrahim sebagai venue final Piala FA 2023 selepas proses bidaan terbuka ditutup pada 24 Mei. Tiada sebarang bidaan diterima daripada kelab lain.



Pemilihan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan semasa Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang tidak boleh digunakan kerana masih dalam proses penambahbaikan sehingga Oktober.

Antara 11 bidang pematuhan utama dan sub-kriteria kelayakan venue yang ditetapkan termasuk tuan rumah bertanggungjawab ke atas aspek keselamatan, termasuk menyediakan dan menempatkan petugas keselamatan dan petugas venue.

Apa pun, insiden ini membangkitkan pelbagai persoalan yang jawabannya perlu ditemukan. FMT

Penonton hampir pecah muka, banyak persoalan perlu jawapan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penyanyi bertudung didakwa amal sihir



Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)

Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri

Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker