Ayah saya paling popular – Bell Ngasri

Ayah saya paling popular – Bell Ngasri

Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-35 (ABPBH35), Bell Ngasri, 43, menyifatkan insan ‘paling popular’ ialah bapanya, Ngasri Sain, 73.

Bell berkata, orang yang paling popular dan dikenali ramai dalam keluarga mereka sejak dulu ialah bapanya yang juga bekas penyiar terkenal di RTM itu.



“Saya datang dari keluarga terdiri daripada insan seni. Kalau nak cerita popular ini, ayah saya dulu boleh dikatakan semua orang pun kenal.

“Sejak lahir sehinggalah berusia belasan tahun dan memasuki usia 20-an, orang pasti akan cakap Bell, siapa Bell? Ohh anak Ngasri tu. Maknanya, sememangnya bapa saya lebih popular berbanding saya,” katanya yang turut mengakui dia sebenarnya takut dengan populariti.

Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal @ Ngasrizal Ngasri berkata, dia bersyukur dengan segala rezeki yang dianugerahkan Allah kepadanya kini selepas 37 tahun terus aktif bergelar pelakon tanpa jemu.

“Mama, Habibah Jaafar adalah pendorong utama sejak kanak-kanak lagi. Dia yang nak saya jadi pelakon dan Alhamdulillah, sampai sekarang rezeki saya tak putus sebagai pelakon atas doa mama.



“Saya amat berbesar hati mendedikasikan segala anugerah yang dimenangi kepada mama. Dulu, mama saya sanggup bawa kami semua adik-beradik naik bas mini untuk ke lokasi penggambaran,” katanya.

Bell berkata, tidak mudah baginya berada pada tahap sekarang. Dia hanya mampu bersyukur dengan rezeki kemenangan yang tidak pernah diduganya sebagai artis yang tiada kelab peminat. HM

Ayah saya paling popular – Bell Ngasri

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penyanyi bertudung didakwa amal sihir

Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)



Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri

Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker