Pencuri ‘derma’ wang pada pemilik rumah kerana tiada barang berharga
Pencuri ‘derma’ wang pada pemilik rumah kerana tiada barang berharga
Sekumpulan pencuri yang kecewa kerana tidak menemui apa-apa barangan berharga untuk dirompak di sebuah rumah warga emas di New Delhi, India, bertindak meninggalkan wang tunai sebanyak 500 rupee (RM27.22) di pintu pagar utama kediaman itu, lapor laman berita Indian Today kelmarin.
Polis yang tiba di rumah itu dikatakan menemui seorang lelaki berusia 80 tahun yang tinggal di situ.
Menurut M. Ramakrishna, yang merupakan pemilik rumah itu, dia dan isterinya telah pergi ke Gurugram pada pagi Rabu lalu dan apabila pulang, mereka melihat kunci pintu utama telah rosak. Namun, tiada apa yang hilang dari kediaman itu.
Bagaimanapun, mereka menemui wang kertas berjumlah 500 rupee di pintu pagar utama.
Warga emas itu memberitahu polis bahawa dia tidak menyimpan sebarang barang berharga di rumah.
Ramakrishna ialah seorang jurutera bersara dan berdasarkan aduannya, polis sedang memburu kumpulan perompah berkenaan, lapor agensi berita ANI. K Online
Pencuri ‘derma’ wang pada pemilik rumah kerana tiada barang berharga
Baca Artikel Menarik:
- Satees serang ‘maharaja’ DAP
- Umno antara parti Melayu terbaik – Khalid Samad
- Isteri kata nak ke tempat sangat jauh
- Ayah saya paling popular – Bell Ngasri
- Ingat Saya Playgirl Ke? – Ruhainies Bengang Dituduh Main Kayu Tiga
- Ulang-Alik 300km Sebab Nak Rogol Remaja 14 Tahun
- Mengapa Guan Eng tidak digugurkan sebagai calon PRN? – Dapsy Pulau Pinang
- Jocelyn Chia dibuang keluarga
- Maksud “bandung” dalam mee bandung dan “belanda” dalam durian belanda
- Penonton hampir pecah muka, banyak persoalan perlu jawapan
- Kenyataan CEO MBI mengelirukan
- Mahdzir bidas Sanusi tak tahu operasi MBI
- KJ cadang Baby Shima bertanding di Kelantan
- Jangan buat cerita lepas polis ambil tindakan – Ayob Khan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bekas suami Yasmin Hani tayang kekasih baru, lagi hot
Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil