Guru dikunci di luar pagar kerana lambat datang sekolah

Guru dikunci di luar pagar kerana lambat datang sekolah

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi beberapa guru dan staf dikunci di luar pagar selepas mereka terlewat datang ke sekolah, lapor program berita Liputan6 semalam.

Video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok @bohay91830, manakala kejadian itu berlaku di Sekolah Vokasional Negeri 4 Bangli, Bali.



Berdasarkan rakaman, guru-guru yang terlewat datang ke sekolah pada Isnin lepas itu dihalang memasuki pekarangan sekolah supaya tidak mengganggu perhimpunan pagi.

“Guru datang lewat dan pintu pagar sekolah ditutup oleh pelajar semasa acara menaikkan bendera,” demikian menurut kenyataan akaun tersebut.

Kelihatan beberapa pengawas sekolah turut mengawal pintu pagar tersebut. Walaupun mereka terlewat hanya 1 minit, ia direkodkan di dalam buku laporan untuk rujukan pihak sekolah.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.



“Memang perlu dicontohi. Peraturan sekolah bukan sahaja untuk pelajar tetapi semua warga sekolah,” komen seorang netizen. K Online

Guru dikunci di luar pagar kerana lambat datang sekolah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas suami Yasmin Hani tayang kekasih baru, lagi hot

Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil



Farid Kamil bagi respon ‘pedas’ bila ada persoal Diana tinggalkan anak ketika pergi Festival Good Vibes

Sean Edward dituduh sebabkan kematian Nurin Najmina



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker