Isteri nak buat kejutan
Isteri nak buat kejutan
TUMPAT: “Isteri nak buat kejutan datang ke sini (Kuantan) dan saya hanya tahu semasa mereka sekeluarga ingin bertolak,” kata suami mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 375.8, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2), dekat Bukit Besi, semalam.
Zulhilmi Ismail Yahya, 23, berkata, isterinya Raja Nurhanani Nabila Raja Hussin, 23, baru selesai berpantang selepas melahirkan bayi lelaki mereka di kampung halaman di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, dan ingin kembali ke rumah sewa mereka di Kuantan, Pahang.
“Saya bercadang untuk menjemputnya selepas mengundi (Pilihan Raya Negeri) nanti dan sudah memberitahu isteri tapi tidak sangka mereka sedang dalam perjalanan ke sini (Kuantan).
“Saya tahu kejadian menimpa mereka apabila menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memaklumkan keluarga terbabit dalam kemalangan.
“Ketika itu belum mengetahui status semua ahli keluarga, tapi naluri saya mengatakan bahawa bayi lelaki kami sudah tiada,” katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di sini.
Zulhilmi Ismail berkata, kali terakhir dia berjumpa isteri dan bayi lelakinya, Nik Muhammad Zayyan Irfan Zulhilmi Ismail yang berusia dua bulan, pada Aidiladha lalu.
Walaupun berjauhan, mereka sering berhubung menerusi panggilan video namun menyedari perubahan beberapa hari ini apabila isterinya tidak menghubunginya secara kerap seperti biasa.
“Jika sebelum ini, isteri akan membuat panggilan video beberapa kali setiap hari tapi kebelakangan ini semakin jarang namun saya tidak mengesyaki apa-apa.
“Isteri juga sangat teruja untuk pulang ke rumah sewa kami dan sempat menunjukkan gambar barangan yang sudah siap dikemas untuk dibawa pulang,” katanya.
Nahas yang berlaku jam 7.15 malam tadi mengorbankan Noreha Mohamed, 53, anaknya, Raja Nurhanani Nabila, dan cucunya, Nik Muhammad Zayyan Irfan manakala dua lagi mangsa yang juga adik beradik iaitu Raja Haikal Najmi, 20, serta Raja Nurhumairaa Nadzirah, 13, cedera.
Sementara itu, Raja Nurhumairaa berkata, kejadian berlaku sekelip mata apabila kereta yang dipandu abangnya, Raja Haikal terbabas kerana jalan agak licin disebabkan hujan.
“Kejadian berlaku sangat pantas dan sebaik saya membuka mata, saya melihat ahli keluarga lain berada di luar kereta seolah-olah tercampak malah anak saudara (Nik Muhammad Zayyan) pula di dalam longkang.
“Dalam keadaan kesakitan akibat patah tulang bahu saya menerpa ke arah abang sebelum menghampiri mak serta kakak tapi mereka sudah terbaring kaku,” katanya yang kelihatan masih trauma. BH
Isteri nak buat kejutan
Baca Artikel Menarik:
- Satees serang ‘maharaja’ DAP
- Umno antara parti Melayu terbaik – Khalid Samad
- Isteri kata nak ke tempat sangat jauh
- Ayah saya paling popular – Bell Ngasri
- Ingat Saya Playgirl Ke? – Ruhainies Bengang Dituduh Main Kayu Tiga
- Ulang-Alik 300km Sebab Nak Rogol Remaja 14 Tahun
- Mengapa Guan Eng tidak digugurkan sebagai calon PRN? – Dapsy Pulau Pinang
- Jocelyn Chia dibuang keluarga
- Maksud “bandung” dalam mee bandung dan “belanda” dalam durian belanda
- Penonton hampir pecah muka, banyak persoalan perlu jawapan
- Kenyataan CEO MBI mengelirukan
- Mahdzir bidas Sanusi tak tahu operasi MBI
- KJ cadang Baby Shima bertanding di Kelantan
- Jangan buat cerita lepas polis ambil tindakan – Ayob Khan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil