Suami bersubahat bersama tukang urut lakukan seks luar tabii dengan isteri

Suami bersubahat bersama tukang urut lakukan seks luar tabii dengan isteri

Seorang pekerja utiliti didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan bersubahat dengan seorang tukang urut untuk melakukan seks luar tabii terhadap isterinya, dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.



“Faham, tidak (mengaku bersalah),” kata tertuduh.

Mengikut pertuduhan, lelaki berusia 41 tahun itu didakwa dengan niat bersubahat dan mengarahkan bersama-sama seorang lelaki memaksa isterinya berusia 40 tahun untuk melakukan perbuatan seks luar tabii dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan tanpa kebenaran mangsa.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kondominium di Sentul antara 8.30 malam hingga 10 malam pada 13 Julai lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 107 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377CA kanun sama.



Jika sabit kesalahan bapa tiga anak itu boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip manakala tertuduh diwakili peguam Ashraf Fahmi Abdul Aziz.

Terdahulu, Nidzuwan tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh melakukan kesalahan berat selain mempunyai hubungan dengan mangsa iaitu suami isteri.

“Tertuduh adalah suami kepada mangsa tetapi bertindak tidak sepatutnya kepada isteri, pelaku (tukang urut) itu telah dituduh di mahkamah sesyen yang lain hari ini dan telah diberikan jaminan.



“Bagaimanapun jika jaminan ditawarkan saya cadangkan RM50,000 dengan seorang penjamin tempatan dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan lain sehingga kes selesai,” katanya.

Ashraf Fahmi memohon supaya wang jaminan dikurangkan dan tidak membebankan tertuduh.

“Anak guam juga akan mematuhi syarat tambahan dan tidak akan menganggu saksi pendakwaan serta isterinya,” katanya.

Siti Aminah membenarkan tertuduh dijamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdekat serta tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.



Mahkamah kemudian menetapkan 15 September depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, di mahkamah sesyen berasingan, tukang urut yang sama mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan perhubungan seks dengan wanita sama dengan memasukkan jari dalam kemaluan mangsa tanpa kebenaran,.

Tertuduh, Muhamad Khairul Mustakim Ismail, 42, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norina Zainol.

Kesalahan itu dilakukan di tempat, masa dan tarikh yang sama.



Oleh itu, bapa seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Nidzuwan juga tidak mencadangkan jaminan berikutan kesalahan dilakukan tertuduh adalah berat, bagaimanapun mencadangkan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin dan tidak mengganggu mangsa.

Tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nicholes Cheoh yang memohon jaminan dikurangkan bawah RM10,000.

“Anak guam saya bekerja sebagai tukang urut, sudah bercerai dan menanggung seorang anak.



“Tawaran jaminan dicadangkan terlalu tinggi dan di luar kemampuan tertuduh, saya mohon jaminan rendah diberikan selain anak guam akan akur untuk tidak menganggu mangsa serta melaporkan diri di balai polis terdekat,” katanya.

Mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, Norina membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin tempatan dan menetapkan 5 September ini untuk sebutan kes. HM

Suami bersubahat bersama tukang urut lakukan seks luar tabii dengan isteri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?

Isteri nak buat kejutan

Dato Malik bebas dengan jaminan

Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker