Azmin setuju debat dengan Rafizi tetapi bersyarat, takut ke?

Azmin setuju debat dengan Rafizi tetapi bersyarat, takut ke?

Bekas Menteri Kanan Kluster Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersetuju untuk berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Persetujuan itu bagaimanapun disertakan dengan syarat bahawa Rafizi perlu membuktikan terlebih dahulu telah berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.



“Sebab itu wahai Rafizi, saya bersedia berdebat dengan saudara dengan syarat buktikan dahulu kamu berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.

“Pertama turunkan harga minyak terlebih dahulu. Bukan saya janji, kamu yang janji. ‘Hari ini saya jadi Perdana Menteri, esok minyak turun….dah turun belum? Kalau belum turun, turunkan dulu baru jumpa aku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Pengenalan Calon Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawa Gombak, pada Khamis malam.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor berkata, beliau mempunyai rekod inisiatif dilaksanakan dalam mengemudi Selangor dan ketika menjadi Menteri dahulu.



“Bukan saya tidak mahu berdebat, saya nak jawab mudah sahaja. Saya boleh menyambut saranan beliau untuk berdebat. Tiada masalah.
“Tetapi saudara tengok kenyataan dia, apa dia kata? ‘Azmin mendakwa beliau telah berjaya ketika menjadi Menteri Ekonomi dan Menteri MITI. Kalau benar dia berjaya, debat dengan saya’.

“Engkau (Rafizi) tiada rekod. Kalau saya pergi debat dalam keadaan dia belum ada formula, belum ada penyelesaian, engkau nak debat dengan aku buat apa? ujar Mohamed Azmin.

Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR ketika menyampaikan ceramah Jelajah Madani di Sri Tanjung, Port Dickson pada Selasa, telah mencabar Mohamed Azmin berdebat mengenai ekonomi Malaysia sekiranya pemimpin Perikatan Nasional itu berani.

Susulan itu, Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail telah memberikan kesediaan untuk menerbitkan debat antara Rafizi dan Mohamed Azmin.



Surat jemputan mengenai debat berkenaan juga telah dihantar kepada kedua-dua belah pihak.

Pada Rabu lalu, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Ekonomi, Mohd Rashidi Ruslan telah mengesahkan bahawa Rafizi bersetuju menerima jemputan ‘Debat Ekonomi Malaysia’ Mohamed Azmin. Awani

Azmin setuju debat dengan Rafizi tetapi bersyarat, takut ke?

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?

Isteri nak buat kejutan



Dato Malik bebas dengan jaminan

Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker