Keluarga Najib tetap sokong kerajaan perpaduan

Keluarga Najib tetap sokong kerajaan perpaduan

Dengan semua jalan perundangan telah diteroka, satu-satunya harapan Najib untuk bebas adalah melalui pengampunan diraja.

Sambil melahirkan rasa terima kasih kepada penyokong bapanya atas kasih sayang dan sokongan mereka, Nazifuddin menegaskan bahawa pihak di luar keluarga mereka tidak benar-benar mewakili apa yang ada dalam fikiran Najib.



“Terdapat ramai penyokong yang mendakwa mereka mewakili bapa saya.

“Tetapi sebagai sebuah keluarga, kami membantu calon kerajaan sedia ada dan kami mahu melihat kerajaan (persekutuan) yang stabil untuk meneruskan pentadbiran negeri baru yang akan ditubuhkan di bawah kerajaan campuran.

“Kami adalah sebahagian daripada kerajaan ini, kebanyakan keluarga saya bersama Umno dan kami mahu melihat kerajaan ini terus mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bergerak ke hadapan untuk memulihkan ekonomi yang positif,” katanya.

Sebelum ini, Nazifuddin dan adiknya Nooryana Najwa telah menyuarakan kebimbangan bahawa penyokong Najib mungkin tidak keluar mengundi, mendakwa mereka semakin tidak sabar dan mahu usaha lebih konkrit oleh kerajaan ke arah menegakkan keadilan untuk Najib.



Pasangan adik-beradik itu mengakui bahawa “bukan tugas mudah untuk memujuk” penyokong bapanya itu, yang merupakan majoriti ahli parti komponen BN.

Semalam, “Penyokong Bossku”, yang diketuai oleh Syed Muhammad Imran S N Syed Abdul Aziz, berkata mereka kesal dengan sikap Zahid yang ‘membisu’ dan tidak ada keinginan untuk mencari keadilan buat Najib.

Syed Muhammad Imran juga menuduh Zahid secara berterusan menggunakan mereka untuk meraih sokongan atas nama Najib.

“Sebagai ahli Umno kami telah hilang kepercayaan terhadap presiden kerana beliau menjadikan Umno seolah-olah milik individu dan sesiapa sahaja yang menyuarakan pendapat bertentangan akan dipecat atau digantung,” katanya.



Syed Muhammad Imran juga menggesa ahli dan penyokong Najib atau dikenali sebagai Bossku menzahirkan sokongan kepada PN pada pilihan raya akan datang ini.

“Mari kita jadikan PRN ini sebagai referendum dan pungutan suara tidak percaya kepada Ahmad Zahid,” katanya.

Dia juga berharap pemimpin PN akan menyambut baik sokongan yang diberikan. Mk

Keluarga Najib tetap sokong kerajaan perpaduan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?



Isteri nak buat kejutan

Dato Malik bebas dengan jaminan



Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker