‘Penyokong Bossku’ ambil kesempatan untuk kepentingan diri – Nazifuddin Najib

‘Penyokong Bossku’ ambil kesempatan untuk kepentingan diri – Nazifuddin Najib

Anak lelaki Najib Razak, Mohd Nazifuddin (gambar judul) membidas penyokong bekas perdana menteri itu kerana mengeksploitasi pilihan raya negeri yang semakin hampir demi kepentingan mereka sendiri.

Ini selepas kumpulan “Penyokong Bossku”, merujuk kepada gelaran terhadap Najib secara terbuka mengisytiharkan sokongan kepada PN menjelang enam pilihan raya negeri.



Kumpulan itu (gambar, bawah) juga berkata mereka telah hilang kepercayaan terhadap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Nazifuddin, yang juga ketua Umno Bahagian Langkawi, menegaskan pilihan raya akan datang dan usaha menegakkan keadilan untuk Najib adalah dua isu yang berbeza.

“Sekarang ini, disebabkan jadual dan acara-acara berkaitan pilihan raya negeri, saya rasa orang mengambil kesempatan daripadanya untuk keuntungan mereka sendiri.

“Sebagai sebuah keluarga, bagi kami, kami konsisten dengan apa yang kami percaya untuk bapa saya, iaitu untuk mendapatkan keadilan terhadapnya dan dia masih (mempunyai) lapan kes yang sedang berjalan.



“Kami percaya beliau akan menang dan akan ada jalan untuk beliau memohon perbicaraan semula atau pengampunan untuk membebaskannya,” katanya kepada Malaysiakini selepas menghadiri majlis pengenalan calon Perpaduan Kedah dan pelancaran manifesto di Sungai Petani, Kedah malam tadi.

Najib telah menjalani hukuman penjara 12 tahun sejak Ogos lalu atas kesalahan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan SRC International Sdn Bhd milik kerajaan. Mk

‘Penyokong Bossku’ ambil kesempatan untuk kepentingan diri – Nazifuddin Najib

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?

Isteri nak buat kejutan



Dato Malik bebas dengan jaminan

Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker