Grab nafi kurangkan upah penghantar makanan

Grab nafi kurangkan upah penghantar makanan

Menjelang mogok yang dirancang oleh penghantar makanan, Grab Malaysia tampil menafikan dakwaan yang mengatakan syarikat penghantaran makanan itu mengurangkan upah penghantar makanan.

Grab berkata pengurangan pendapatan yang dihadapi oleh “kumpulan kecil” penghantar makanan (rider) bulan lepas adalah disebabkan oleh masalah teknikal sistem yang telah diperbetulkan.



Ini bertentangan dengan dakwaan yang mengatakan mogok ‘Food Delivery Blackout’ itu berpunca daripada skala pembayaran gaji tidak adil yang digunakan oleh beberapa syarikat penghantaran makanan.

“Grab Malaysia ingin menjelaskan bahawa kami tidak mengurangkan kadar asas untuk perkhidmatan penghantaran kami,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini malam ini.

“Kebimbangan baru-baru ini yang dibangkitkan oleh rakan kongsi penghantaran adalah disebabkan oleh gangguan dalam sistem kami di mana dia mendapati percanggahan dalam pendapatannya.

“Kami telah membetulkan isu itu dan telah memindahkan kekurangan pendapatan itu kepada semua rakan kongsi yang terjejas, serta menjelaskan perkara itu melalui saluran komunikasi rasmi kami kepada rakan kongsi kami pada 21 Julai,” kata Grab Malaysia.



“Kami memohon maaf atas kesulitan yang mungkin timbul kepada rakan kongsi kami dan ingin menggalakkan rakan kongsi kami untuk menghubungi kami melalui Facebook kami, atau melawat kami di GDC sekiranya mereka mempunyai sebarang pertanyaan lanjut,” tambahnya.

Jurucakap salah satu kumpulan yang terlibat dengan mogok itu sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa rider yang mengambil bahagian dengan mogok itu akan mematikan aplikasi penghantaran mereka sepanjang hari bermula tengah malam ini.

Notis menggesa protes yang dilihat Malaysiakini menggesa penghantar makanan berkumpul di 10 tempat perhimpunan di Lembah Klang pada pukul 4 petang esok, sebelum mereka mula menunggang bersama ke Petaling Jaya untuk menyerahkan memorandum di pejabat Grab Malaysia.

Syarikat itu dalam kenyataannya juga meyakinkan pengguna, tentang komitmennya untuk menyokong rakan kongsi penghantaran – daripada perlindungan keselamatan sosial hingga promosi yang bertujuan meningkatkan jualan. Mk



Grab nafi kurangkan upah penghantar makanan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh



Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker