Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo

Gambar Hiasan

Seorang lelaki miang dilaporkan bersembunyi di sebuah kawasan pendakian di negeri Colorado dan cuba mencabul wanita yang melakukan aktiviti pendakian secara bersendirian, lapor akhbar New York Post semalam.

Lelaki yang identitinya  belum dikenal pasti itu muncul dan berkelakuan tidak senonoh terhadap sekurang-kurangnya tujuh mangsa berbeza dalam beberapa serangan yang menjadi semakin agresif sejak April lalu.

Kebanyakan serangan berlaku di Taman Flying J Ranch di Conifer iaitu  sebuah komuniti yang terletak kira-kira 48 kilometer ke barat daya pusat bandar Denver.

“Dalam setiap insiden, suspek berlari ke dalam hutan selepas melakukan perbuatan tidak senonoh di hadapan pendaki wanita untuk mengelakkan daripada ditangkap,” kata Pejabat Syerif Jeffco.



Suspek yang masih bebas itu mula aktif sejak 3 April lalu apabila dia muncul dalam keadaan bogel di hadapan seorang pendaki wanita sambil melakukan serangan seksual.

Dia meneruskan perbuatan itu pada 13 Jun lalu dan dalam beberapa kejadian lain, menyasarkan pendaki wanita solo dengan  melakukan aksi  tidak senonoh termasuk menyerang mangsa secara seksual.

Setakat ini, suspek digambarkan sebagai seorang lelaki berkulit putih, berumur antara 20 hingga 30 tahun, berbadan sasa serta memiliki rambut berwarna gelap.

Polis masih memburu suspek dan dalam masa sama memberi amaran kepada pendaki wanita agar tidak mendaki secara berseorangan serta sentiasa berwaspada. – Agensi



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?



Isteri nak buat kejutan

Dato Malik bebas dengan jaminan



Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker