Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Suspek masuk semula ke dalam bank lalu cuba menetak pengurus bank menggunakan pisau. – ThaiRath

Seorang lelaki yang dipercayai  kurang siuman menyerang pengurus sebuah bank menggunakan pisau selepas permintaannya untuk mengeluarkan wang tunai 1 bilion baht (RM132 juta) ditolak, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Lelaki dikenali sebagai Surasak, 64, itu pergi ke Bank Pertanian dan Koperasi Pertanian (BAAC) di Loei, rantau Isaan.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) insiden itu menunjukkan Surasak masuk ke dalam pejabat pengurus bank sebelum menyerangnya.

Akhbar ThaiRath melaporkan, Surasak meminta untuk mengeluarkan wang sebanyak 1 bilion baht (RM132 juta) sambil menyerahkan sebuah buku nota kepada pengurus bank yang dianggapnya sebagai buku akaun.



Menurut lelaki itu, seseorang telah memindahkan wang kepadanya.

Pengurus bank kemudian memeriksa akaun peribadi Surasak dan mendapati hanya terdapat wang sebanyak 34 baht (RM4.51) dalam akaun simpanannya.

Surasak enggan percaya bahawa tiada wang dipindahkan kepada akaun bank miliknya, lantas dia menjerit ke arah mangsa sebelum dihalau oleh pengawal keselamatan.

Rakaman CCTV kemudian memaparkan suspek kembali ke dalam bank secara senyap sambil membawa sebilah pisau, lalu cuba menetak kepala pengurus bank.



Mangsa menahan serangan itu menggunakan tangannya, menyebabkan dia cedera pada anggota tersebut.

Seorang pemilik sebuah perniagaan di hadapan bank itu mendedahkan bahawa Surasak mempunyai masalah kesihatan  mental. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?

Isteri nak buat kejutan



Dato Malik bebas dengan jaminan

Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker