Cabaran debat ekonomi: Azmin tolak, Sanusi lari, Syahir jangan menyorok

SEREMBAN: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli kini beralih arah dengan mencabar Penolong Setiausaha Agung PAS yang juga Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman untuk berdebat dengannya mengenai hal ehwal ekonomi.

Cabaran itu diutarakan oleh Rafizi selepas bekas Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menolak berdebat dengannya.

“Azmin sudah tolak, Sanusi sudah tolak, saya nak tengok sama ada Syahir yang diangkat sebagai tokoh nombor satu ekonomi dalam Perikatan Nasional (PN) tampil ke hadapan dan kita sudah beri ruang sepenuhnya.



“Saya akan menulis secara rasmi kepada dia dan saya tunggu dia nak jawab apa,” katanya kepada pemberita selepas Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat malam tadi.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, beliau akan terus meminta untuk berdebat dengan wakil PN kerana budaya ini seperti ini perlu dibawa demi pembaharuan negara.

“Ditambah lagi tokoh-tokoh daripada PN ini berkali-kali memainkan sentimen yang tidak ada asas mengenai keadaan ekonomi negara.

“Inflasi sudah turun, prestasi pasaran saham naik baik tetapi mereka masih membohongi rakyat dan mengulangi benda yang tidak betul.



“Kalau zaman saya pembangkang dahulu, saya yang mencabar menteri untuk berbahas, tetapi menteri tak nak. Jadi, sekarang kita sudah beri ruang sepenuhnya,” katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu turut mengingatkan kepada PN, sekiranya mereka berdolak-dalih, pengundi atas pagar akan menganggap bahawa mereka tidak berani berdebat dengannya.

“Mereka boleh sahaja pusing macam mana, tetapi pengundi atas pagar akan mengambil kira bila tidak berani berdebat itu, maksudnya kamu tidak ada idea dan perancangan untuk ekonomi.

“Itu juga cara terbaik untuk saya menjawab tuduhan-tuduhan tak berasas selama ini,” katanya.



VIDEO BERKAITAN

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim



“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun



Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker