Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah

Orang ramai membiarkan pemandu itu mengalihkan keretanya sendiri. – TikTok

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) tersangkut selepas pemandunya nekad melalui jalan yang masih belum siap dibina, lapor laman berita Liputan 6.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @khairulbahari23.

Berdasarkan rakaman tersebut, kelihatan beberapa pengguna jalan raya berkumpul untuk melihat sebuah MPV tersangkut dalam adunan tar yang masih belum kering.

Malangnya, tiada seorang pun daripada mereka yang mahu membantu mengalihkan kereta tersebut.



Pemandunya dilihat berusaha mengalihkan kenderaannya namun keempat-empat tayarnya sudah tersekat dan tidak dapat digerakkan,  manakala asap dilihat naik ke udara.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Pemandu itu terlalu ‘bijak’, jadi dia nekad melalui jalan itu,” komen seorang netizen. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim



“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun



Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker