Sah ibu pejabat PAS Pusat diserang, polis buru lelaki bermotosikal

Kaca dinding di Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut pecah menjelang hari penamaan calon PRN hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dikesan pihak polis susulan bertindak membaling batu sehingga menyebabkan kerosakan pada Pejabat Agung Pas di ibu negara, awal pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan akan dijalankan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dibantu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Katanya, semakan televisyen litar tertutup akan dilakukan bagi mengenal pasti suspek berkenaan.

“Dalam kejadian itu, seorang lelaki yang menunggang motosikal telah membuat bising dan disedari pengawal bangunan tersebut.



“Lelaki itu bertindak membaling batu ke cermin pintu Pejabat Agung Pas,” katanya dalam sidang akbar di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Kata Razarudin, ketika ini suspek perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut dilakukan.

“Insya-Allah, siasatan dilakukan Polis Kuala Lumpur dalam masa terdekat dan akan menjurus kepada suspek yang kita kehendaki.

“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat,” jelasnya



Terdahulu, Pas menerusi Facebook rasminya melaporkan dinding kaca salah sebuah pejabat parti itu di ibu negara, telah dipecahkan oleh individu tidak dikenali.

Menurut hantaran itu, kejadian tersebut berlaku pada awal pagi hari ini sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup



Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker