Sokongan keluarga Najib cukup beri gambaran sebenar – Tok Mat

Sokongan keluarga Najib cukup beri gambaran sebenar – Tok Mat

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata sokongan keluarga Najib Razak kepada calon kerajaan perpaduan sudah memadai untuk memberi gambaran sebenar kepada orang ramai.

Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mat, berkata dakwaan mengatakan semua ahli dan penyokong Najib atau ‘Bossku’ menzahirkan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) pada PRN mungkin hanya melibatkan sekelompok individu sahaja.



Bagaimanapun katanya, beliau tidak tahu sejauh mana kebenaran dakwaan yang dilontarkan itu.

“Saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Boleh jadi sekelompok atau bukan majoriti.

“Tetapi, saya dapati anak Najib telah pun buat kenyataan dan itu pun sudah memadai bagi saya untuk orang mengetahui keadaan sebenarnya,” katanya kepada media selepas penamaan calon DUN Rantau di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan.

Semalam, Naziffudin menjelaskan keluarga mereka akan membantu calon kerajaan perpaduan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).



Menurut ketua Umno Langkawi itu, pihak di luar keluarganya tidak benar-benar mewakili apa yang ada dalam fikiran perdana menteri keenam itu yang sedang berdepan hukuman penjara 12 tahun.

Kenyataan itu menyusul selepas Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz kelmarin mendakwa semua ahli dan penyokong Najib menzahirkan sokongan kepada PN.

Dia yang dipetik Sinar Harian, berkata gesaan dibuat kerana mereka mendakwa telah hilang kepercayaan terhadap Presiden Umno Zahid Hamidi.

Mengenai persaingan di kerusi DUN Rantau, Mohamad berkata beliau tidak memandang ringan saingan daripada pihak lawan walaupun melibatkan pertembungan satu lawan satu.



“Kita hormat (pihak lawan) walaupun satu lawan satu kali ini. Kita tak boleh pandang remeh saingan daripada pihak lawan,” katanya.

Mohamad akan bersaing untuk merebut kerusi berkenaan dengan calon Perikatan Nasional (PN) Rozmal Malakan dari PAS. FMT

Sokongan keluarga Najib cukup beri gambaran sebenar – Tok Mat

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup



Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker