Kertas siasatan tak buka, barang kes mereput dalam stor’, PTG nak lindung siapa?

Kertas siasatan tak buka, barang kes mereput dalam stor’, PTG nak lindung siapa?

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempersoal bagaimana kes kecurian unsur nadir bumi (REE) boleh berlaku di Bukit Enggang, Sik sedangkan kawasan terbabit dikawal ketat Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah.

Ini kerana, beliau berkata bukan mudah untuk sesiapa sahaja masuk ke tapak lombong REE di Bukit Enggang dan membawa keluar mineral terbabit dari tapak milik MBI Kedah tanpa pengetahuan pihak berkuasa.



Mengulas lanjut, katanya, untuk sampai ke tapak lombong, terdapat empat pagar keselamatan yang perlu dilalui dengan pihak yang mencuri REE tidak boleh melaluinya tanpa kebenaran.

“Tiga hari lalu, saya sendiri ditemani Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, naik ke lokasi kecurian tersebut. Untuk sampai ke situ, perlu melepasi empat pagar keselamatan yang semuanya berpengawal.

“Tanah itu adalah milik MBI dan logiknya, siapa yang letak kawalan di situ kalau bukan MBI? MBI kemudiannya memberikan hak kepada syarikat terbabit.

“Jadi siapa yang mencuri dan membiarkan kecurian ini berlaku? Mereka ini adalah syarikat yang diberi kebenaran dan sememangnya berada dalam pengetahuan MBI,” katanya pada sidang media di Pejabat PKR Kedah di sini, hari ini.



Pada masa sama, beliau mengakui terkilan dengan tindakan Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) Kedah yang tidak membuka kertas siasatan berhubung kes kecurian 360 kampit REE yang dirampas pada 31 Januari lalu.

“Kalau insiden pertama melibatkan kecurian 185 kampit yang dicuri, PTG cepat bagi kompaun dan lelong mineral tersebut…tiba-tiba 360 guni (dicuri) selepas itu mereka tak buka kertas siasatan.

“Jadi siapa yang mereka hendak lindungi sedangkan Pengarah Jabatan Hutan telah menulis kepada Pengarah PTG mengenai rampasan dibuat.

“Kertas siasatan langsung tak dibuka sampai sekarang, sedangkan barang kes mereput di dalam stor Jabatan Hutan. Kes ini tak menggamit minat PTG dan nampak macam ada sesuatu yang tak kena.



“Apakah membuka kertas siasatan bermaksud mereka kena siasat sampai kepada Menteri Besar? Sebab itu saya tanya mereka nak sembunyi siapa atau nak selindungi siapa sampai tak mula menyiasat langsung?” katanya.

Sementara itu, Saifuddin turut mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan nilai kerugian ditanggung kerajaan negeri akibat kecurian REE di Bukit Enggang.

Beliau berkata, Muhammad Sanusi sehingga kini dilihat cuba mengelak menjawab setiap persoalan dilontarkan kepadanya berkaitan kejadian kecurian REE, sebaliknya cuba mengalih perhatian umum kepada isu lain.

Jelasnya, kerugian berlaku akibat kecurian REE dianggap sangat besar berdasarkan harga pasaran mineral itu yang dilaporkan mencecah RM7,000 sekilogram selepas berlaku kegiatan melombong secara haram sejak dua tahun lalu.



“Hari ini, Menteri Besar seolah-olah mengizinkan kecurian REE berlaku di depan mata, di depan hidungnya sendiri…apakah Menteri Besar mahu rakyat Kedah percaya bahawa kecurian REE yang berlaku hampir dua tahun ini dilakukan orang luar tanpa bantuan beliau atau orang kanannya?

“Soalan saya kepada Menteri Besar apakah beliau sudah membuat anggaran berapa juta kehilangan hasil kepada Kedah selama kecurian berlaku. Beliau mesti ambil tanggungjawab ini, beliau tak boleh nafikan.

“Dia kena buat anggaran berapa sudah nilai kerugian dan kehilangan hasil kepada negeri Kedah selama insiden ini berlaku,” katanya pada sidang media di Pejabat PKR Kedah di sini, hari ini. BH

Kertas siasatan tak buka, barang kes mereput dalam stor’, PTG nak lindung siapa?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim



“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker