Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian

Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian

PERCAYAKAH anda dengan hanya melakukan hubungan intim bagi pasangan suami isteri mampu mengurangkan risiko mendapat kanser?

Benar, berdasarkan kajian pakar, dengan hanya melakukan hubungan seks selama empat minit bersama suami isteri, mampu mengurangkan risiko mengalami penyakit kanser.



Ia dibuktikan menerusi kajian terhadap respondan yang melakukan aktiviti berkaitan seperti itu setiap hari.

Kajian mendapati badan mereka menjadi lebih sihat berbanding pasangan yang tidak melakukannya.

Bagaimanapun, aktiviti itu tidak hanya tertakluk kepada melakukan hubungan intim, ia juga merangkumi pelbagai aktiviti ringkas seperti bermain dengan anak-anak termasuk melakukan kerja rumah yang turut memberi manfaat yang sama.

Menurut pakar, aktiviti seperti bernafas dengan laju dan kuat dalam tempoh empat minit setengah serta menggunakan tenaga yang banyak dalam tempoh seminit dapat mengurangkan risiko kanser sebanyak 19 peratus.



Selain itu aktiviti senaman membabitkan aktiviti fizikal juga boleh mengurangkan risiko kanser sehingga 32 peratus.

Bersenam, jinjing beg kurangkan kanser

Penulis utama, Profesor Emmanuel Stamatakis, dari Pusat Charles Perkins Universiti Sydney, Australia, berkata aktiviti berkenaan disifatkan sesuatu yang luar biasa kerana secara keseluruhannya mampu memberi kesan kepada tahap kesihatan seseorang.

Katanya, menggunakan tenaga seperti berjalan setiap hari atau menjinjing barang berat sewaktu membeli-belah juga berupaya memberi kesan yang sama.



“Kami tahu majoriti orang pertengahan umur tidak kerap bersenam sekali gus memberi risiko pada peningkatan kanser.

“Bagaimanapun kemunculan teknologi seperti penjejak aktiviti berupaya melihat kesan ledakan singkat aktiviti fizikal sampingan yang dilakukan sebagai sebahagian daripada kehidupan harian,” katanya.

Elak dapat kanser hati dan paru-paru

Jenis kanser yang dikaitkan dengan aktiviti fizikal sekiranya mereka tidak bersenam termasuklah hati, paru-paru, buah pinggang, kardia gastrik (sejenis kanser perut), endometrium, leukemia mieloid, mieloma, kolorektal, kepala dan leher, pundi kencing, payudara dan adenokarsinoma esofagus (kanser esofagus).



Diterbitkan dalam jurnal perubatan, kajian itu menggunakan data daripada peranti boleh pakai untuk menjejaki aktiviti harian lebih 22,000 orang yang tidak bersenam.

Penyelidik kemudian mengikuti rekod kesihatan klinikal kumpulan itu selama hampir tujuh tahun untuk memantau peningkatan kanser.

Hasil penyelidikan itu mendapati sekurang-kurangnya empat hingga lima minit aktiviti fizikal gaya hidup berselang-seli dikaitkan dengan risiko kanser yang jauh lebih rendah berbanding mereka yang tidak melakukan aktiviti seperti dinyatakan. BH

Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim



“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker