Penjaga zoo nyaris dibaham aligator depan pengunjung [VIDEO]

DENVER, COLORADO – Seorang penjaga zoo di Colorado, Amerika Syarikat membuatkan pengunjung tergamam apabila dia hampir dibaham seekor aligator ketika satu taklimat rutin mengenai aktiviti memberi makan haiwan tersebut, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kakitangan Colorado Gator Farm, Chad, sedang memberi makan aligator bernama Elvis seperti biasa, namun haiwan pemangsa itu cuba menerkamnya di hadapan pengunjung.

Dalam satu klip video, seorang pemandu pelancong didengar memberi taklimat ketika Chad menawarkan seekor ayam belanda kepada aligator berukuran 3.65 meter panjang dan seberat 272 kilogram itu.



Tindakan Chad melempar ayam belanda itu di hadapan Elvis seolah-olah menimbulkan kemarahan reptilia itu, lantas menyebabkan ia cuba menerkamnya.

https://nypost.com/2023/07/29/colorado-gator-farmer-staffer-narrowly-escapes-being-bitten-by-alligator-named-elvis/

Chad kemudian panik sebelum terjatuh ke bahagian belakang sebelum cuba menyelamatkan diri.

Orang ramai kedengaran terkejut sebelum seorang pemandu pelancong cuba memenangkan Elvis.



Seorang jurucakap taman itu berkata: “Apabila ayam belanda itu tidak jatuh ke dalam mulutnya, Elvis tertumpu pada tempat yang ada pergerakan.”- Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup



Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker