Syarleena buat laporan polis terhadap Muhyiddin

Syarleena buat laporan polis terhadap Muhyiddin

Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid memfailkan laporan polis terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin kerana menuduh kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim “dikuasai” oleh orang bukan Melayu, yang dibuktikan melalui isu “Allah”.

Syerleena menggesa polis menyiasat Muhyiddin mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Akta Hasutan 1948.



Beliau menuduh PN hipokrit apabila memainkan isu 3R (agama, raja dan kaum) untuk meraih sokongan bagi PRN.

“Tujuan beliau (Muhyiddin) jelas, (iaitu) untuk memecahbelahkan rakyat dengan menyebarkan ketakutan,” kata bekas Adun Seri Delima itu pada sidang media hari ini.

Syerleena berkata, Muhyiddin ketika sidang media pada 22 Jun berkata, PN akan mengelak isu 3R dan memberikan tumpuan kepada menangani perkara “penting” seperti kos sara hidup yang tinggi.

Bagaimanapun, pada ceramah PN malam tadi, Muhyiddin berkata, ketika beliau menjadi menteri dalam negeri dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) dari 2018 hingga 2020, beliau mendapat tekanan daripada DAP untuk tidak membenarkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung penggunaan kalimah “Allah” oleh seorang wanita Sarawak dalam pembelajaran agamanya.



Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu berkata, beliau menggesa kerajaan PH merayu keputusan Mahkamah Tinggi, tetapi tidak diteruskan kerana kerajaan Anwar mula berkuasa tahun lepas.

Dakwanya, keputusan untuk menggugurkan rayuan itu dibuat atas desakan DAP.

“Walaupun ketika saya bersama mereka (dalam kerajaan PH), mereka mendesak untuk tidak membenarkan rayuan,” kata Muhyiddin.

Isu itu timbul apabila seorang individu bernama Jill Ireland memohon perintah mahkamah agar beliau dibenar menggunakan kalimah “Allah” bagi tujuan pembelajaran agama dalam bahasa Melayu dan bahasa ibundanya, iaitu Melanau , di Sarawak.



Dalam keputusan penting pada Mac 2021, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 1986 melarang penggunaan kalimah “Allah”, “Baitullah”, “solat” dan “Kaabah” oleh orang bukan Islam sebagai menyalahi undang-undang dan bercanggah dengan Perlembagaan.

Kerajaan memfailkan rayuan, tetapi pada 18 April tahun ini, Jabatan Peguam Negara, yang mewakili KDN, memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa ia tidak mahu meneruskan kes itu. FMT

Syarleena buat laporan polis terhadap Muhyiddin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai

Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal



Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah

Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker