Hapuskan pencen ahli politik – Syed Saddiq

Hapuskan pencen ahli politik – Syed Saddiq

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) cadang kerajaan menghapuskan sistem pencen bagi seluruh ahli politik dan mengembalikan sistem caruman.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, penerimaan pencen bagi ahli politik dilihat tidak adil daripada penjawat-penjawat awam yang sememangnya layak.



Menurut beliau, ahli politik bukan sahaja menerima pencen menteri sahaja tetapi sebaliknya menerima pelbagai pencen lain.

“Saya datang dari keluarga penjawat awam, mereka perlu bekerja lebih 30 tahun baru berhak mendapatkan pencen. Bagi ahli politik, masuk pejabat terus layak dapat pencen seumur hidup.

“Dahlah baru masuk pejabat terus layak dapat pencen, pencen pula bukan satu, bertingkat-tingkat. Ada pencen ahli parlimen, menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan speaker. Siap ada jawatan bertimbun-timbun syarikat milik kerajaan (GLC) serta agensi yang berlainan.

“Lihat saja gaji dan elaun menteri besar boleh mencecah RM180,000 sebulan, ini belum lagi campur kalau ada ahli parlimen, jawatan-jawatan GLC di peringkat negeri dan dekat peringkat persekutuan,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di Facebooknya.



Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, pengiraan pencen bagi ahli politik juga berlainan iaitu berbeza dengan pengiraan pencen untuk penjawat awam.

“Kiraan pencen bagi ahli politik agak unik, saya baru masuk pejabat sebagai Menteri tetapi jumlah pencen bukan berdasarkan berapa lama saya berkhidmat sebagai Menteri tetapi berapa lama saya berkhidmat sebagai Ahli Parlimen.

“Lagi lama saya berkhidmat sebagai Ahli Parlimen, lagi tinggi pencen Menteri saya,” katanya.

Tambahnya, kelebihan pencen tersebut menyebabkan terdapat ahli politik yang tidak mahu melepaskan jawatannya.



“Sebab itu banyak ahli politik tua tak nak lepaskan jawatan. Bergaduh-gaduh dengan pimpinan anak muda mereka kerana lagi lama mereka berkhidmat sebagai ahli parlimen lagi tinggi jumlah pencen ahli parlimen dan pencen menteri,” katanya. Utusan

Hapuskan pencen ahli politik – Syed Saddiq

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen

Saya redha diceraikan Rosland



Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG

Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker