Lau ‘dihalau’, pemimpin Gerakan tuntut penjelasan PAS

Lau ‘dihalau’, pemimpin Gerakan tuntut penjelasan PAS

Timbalan Presiden Gerakan Oh Tong Keong menggesa PAS menjelaskan punca presidennya Dominic Lau dihalang menghadiri ceramah parti tu di Sungai Dua, Pulau Pinang, Selasa lalu.

Video oleh Malaysiakini menunjukkan Lau dihalang seorang pemimpin PAS Pulau Pinang daripada mengikuti naib presiden parti itu Idris Ahmad ke atas pentas. Apabila ada yang memprotes, kedengaran pemimpin PAS berkata kepada Lau “Tak boleh (Tidak boleh). You go away.”



Oh berkata PAS tidak menghormati Lau, yang juga sebagai timbalan pengerusi dan ketua Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang.

“Walaupun Lau tidak dijemput, dia adalah salah seorang pemimpin tertinggi PN. Penganjur acara harus menganggapnya sebagai tetamu. Itu tidak sopan,” kata Oh yang dipetik China Press.

Dalam kejadian itu, Lau diminta keluar meninggalkan ceramah PN di Sungai Dua kerana hadir tanpa jemputan.

Lau bagaimanapun menafikannya ‘dihalau’ dari dan mengakui tidak dijemput menyertai majlis ceramah itu.



Menurutnya, beliau berada di sana untuk berjumpa Presiden PAS Abdul Hadi Awang tetapi memandangkan majlis itu lambat bermula, beliau tidak dapat bercakap dengannya dan pergi dari situ.

Sebelum ini timbul tentangan daripada ahli PAS susulan pencalonan Lau di DUN Bayan Lepas pada PRN 12 Ogos ini kerana berpendapat kerusi majoriti Melayu itu sepatutnya ditandingi PAS.

Lau bagaimanapun menolak dakwaan akar umbi PAS tidak menyokongnya, sambil menyatakan ada pemimpin tempatan menyokongnya ketika penamaan calon, Sabtu lalu.

Presiden Gerakan itu sebelum ini pernah menyatakan hasrat bertanding di kerusi di Seberang Perai, namun akhirnya memilih Bayan Lepas, terletak di pulau yang difahamkan kerusi selamat susulan kekuatan PAS disokong pengundi Melayu. FMT



Lau ‘dihalau’, pemimpin Gerakan tuntut penjelasan PAS

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen



Saya redha diceraikan Rosland

Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG



Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker