Exco Kesihatan nasihat keluarga wanita maut akibat suntikan besarkan tetek buat laporan rasmi

JOHOR BAHRU – Keluarga kepada suri rumah yang maut selepas menjalani prosedur membesarkan payudara dengan seorang pakar kecantikan tidak berlesen dinasihat untuk membuat aduan rasmi kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, langkah itu bertujuan membolehkan satu siasatan lengkap dibuat berhubung kematian Tan Wei Shan, 29.

Menurut beliau, pihak keluarga juga berupaya mendapati keadilan dan pembelaan terhadap kematian mangsa.



“Saya telah nasihatkan keluarga mangsa buat aduan kepada JKNJ secepat mungkin, ini kerana perkara itu boleh disiasat mengikut Akta 586, iaitu sama ada prosedur dijalankan di premis peribadi itu mematuhi standard dan piawaian kesihatan.

“Siasatan juga akan turut mengambil kira sama ada pakar kecantikan yang bertanggungjawab dalam perkara itu mempunyai akreditasi untuk menjalankan prosedur berkenaan,” katanya selepas melawat kediaman keluarga tersebut, hari ini.

Sehubungan itu, Tian Soon turut menyeru masyarakat awam untuk mendapatkan rawatan atau menjalani prosedur kesihatan di premis yang mendapat lesen dan kebenaran berbuat demikian daripada Kementerian Kesihatan.

“Selain itu, mereka juga perlu memastikan bahawa individu yang menjalankan prosedur berkenaan mempunyai sijil dan kelayakan sewajarnya.



Terdahulu, mangsa yang merupakan ibu kepada dua orang anak lelaki berusia 9 dan 12 tahun itu maut selepas menjalani prosedur membesarkan payudara, hujung bulan lalu.

Mangsa dikatakan menjalani prosedur berkenaan di sebuah kediaman dua tingkat di Taman Mutiara Rini, Skudai di sini pada 29 Julai lalu.

Suaminya, seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 35, memberitahu, Wei Shan bagaimanapun mula berasa tidak sihat dan pening kepala selepas menjalani prosedur berkenaan.

“Dia mengadu berasa sakit dan bengkak di bahagian dadanya. Petang esoknya, isteri saya mengunjungi sebuah klinik sebelum dikejarkan ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan sekitar pukul 7 malam.



“Akibat sakit yang dialami, dia dilaporkan telah meninggal dunia pada pukul 7 malam, 2 Ogos lalu,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin mengesahkan kejadian itu dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid

Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak



Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan

Kenapa saya diceraikan – Adibah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker