Kenyataan rakan viral jadi kecaman! Usah samakan isteri dengan ‘orang gaji’

 

Kenyataan seorang lelaki yang seakan-akan merendahkan martabat seorang isteri umpama ‘orang gaji’ tular di laman Twitter dan mendapat kecaman sejak semalam.

Dalam satu hantaran, seorang pengguna Twitter berkongsi tangkap layar komen yang diterima selepas berkongsi menghabiskan lebih tiga jam untuk mengemas rumah bujangnya.



“Kahwin lah bro, nanti bagi isteri je buat kerja rumah,” komen lelaki tersebut.

Rata-rata orang ramai tidak berpuas hati dan berang dengan kenyataan tidak bermaruah lelaki tersebut yang disifatkan tidak menghormati kaum wanita.

“Kesian isteri dia, terpedaya. Orang lain kahwin nak ada pasangan hidup bersama tetapisuami dia hanya nak ‘jimat’ duit bayar orang gaji. Didoakan semoha isteri dia kuat dan anak-anak semua ikut perangai isteri bukan dia,” ulas Can.



“Mesti dia tak menolong di rumah. Saya masak dekat rumah pun tak payah minta tolong, adik-adik akan terus bantu basuh pinggan dan kemas. Prinsip dia semua orang makan kan, jadi semua orang tolong,” kata Zaikha

“Lelaki seperti ini masih wujud, wanita bukannya orang gaji. Dah rasa macam tahun 1990, benda macam ini pun nak kena cakap lagi. Memalukan!,” serang Izzat.

Manakala pengguna Twitter, Tatty Hassan berkata dia cuba bersangka baik bahawa lelaki tersebut jahil mengenai tanggungjawab suami isteri.

Namun begitu, difahamkan lelaki tersebut telah berumah tangga dan mempunyai dua orang cahaya mata.



Setakat ini, ciapan tersebut telah meraih 1.6 juta tontonan, 3846 ulang ciap dan 5150 tanda suka.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Punca penceraian Aziz M Osman

Bakal doktor dicekup melacur



“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen

Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker