Generasi muda Indonesia dilarang tonton Upin & Ipin, kenapa pulak?

Generasi muda Indonesia dilarang tonton Upin & Ipin, kenapa pulak?

Gabenor Bali, Wayan Koster meminta generasi muda untuk tidak menonton filem animasi dari Malaysia, Upin & Ipin, lapor Jawa Pos.

Koster berkata, daripada menonton siri animasi buatan negara lain, lebih baik menghasilkan karya yang mengangkat budaya tempatan. Sebab, menurutnya, Bali mempunyai banyak kekayaan budaya yang tidak kurang nilai jualnya.



“Apa itu dari Malaysia, Upin Ipin, ya? Jangan tonton lagi. Itu tidak jelas. Apa itu. Lebih baik kita membina produksi berdasarkan tradisi dan budaya kita. Tanah Bali memang memiliki kekayaan itu,” kata Koster melalui keterangan akhbarnya.

Menurutnya, pulau Bali berbeza dengan wilayah lain di Indonesia. Pulau Dewata, katanya, tidak mempunyai sumber asli yang boleh dilombong seperti emas, arang batu dan gas. Namun, Koster berpendapat masyarakat Bali perlu bersyukur kerana Pulau Dewata mempunyai kearifan tempatan selain keunikan dan kegemilangan seni dan budaya tradisional.

“Kekayaan budaya ini membolehkan masyarakat Bali bertahan, makmur, dan bersifat abstrak dan sekala,” katanya.

Gabenor Bali turut mengingatkan agar perkembangan teknologi dan budaya asing dari luar negara tidak boleh merosakkan sosiobudaya masyarakat Bali. Lebih-lebih lagi, warisan budaya telah menjadikan Bali sebagai salah satu destinasi pelancongan kegemaran di dunia. Justeru, katanya generasi muda harus mewarisi kekayaan sosiobudaya Bali.



“Kamu wajib mewarisi ini supaya kelak Bali tidak dirosakkan oleh susunan budayanya, cara hidupnya, kerana jika ia rosak, maka Bali mungkin tidak wujud sama sekali,” sambung Koster.

Koster turut menasihatkan generasi muda Bali menonton filem “Jayaprana Layonsari” yang menurutnya boleh memberi inspirasi bagaimana menjalani kehidupan yang baik. Lebih-lebih lagi, filem ini menggambarkan cerita rakyat Bali yang popular dengan mesej moral bahawa perbuatan baik akan dibalas dengan karma yang baik.Beliau menekankan kepentingan menyumbang, dalam membina dan memajukan budaya Bali.

“Saya minta semua adik-adik menonton filem “Jayaprana”, supaya mereka dapat memberi inspirasi untuk menjalani kehidupan yang baik,” katanya. Vc

Generasi muda Indonesia dilarang tonton Upin & Ipin, kenapa pulak?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman



Bakal doktor dicekup melacur

“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen



Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker