Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

“Kejadian berlaku begitu pantas, bunyi dentuman dua kali diikuti api yang sangat besar.”

Itu suasana yang digambarkan pemilik rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan yang melalui kawasan di mana sebuah pesawat ringan terhempas di Elmina semalam.

Ahli perniagaan dikenali sebagai Chong, 56, berkata, ketika kejadian itu berlaku, dia sedang menuju ke satu lokasi untuk bertemu dengan pelanggannya. Bagaimanapun, dia telah mengikut lokasi yang salah menggunakan aplikasi ‘Maps’ menyebabkan dia dibawa menuju ke Elmina.

Chong berkata semasa pesawat terhempas kebetulan dia lalu di kawasan tersebut dan dia terus menekan pedal minyak dengan pantas melihat letupan yang berlaku.

Chong berkata dia sedih dengan kejadian yang berlaku dan dalam masa sama bersyukur terselamat dari nahas tersebut.

Terdahulu, pihak berkuasa mengesan 10 mangsa di lokasi kejadian.

Pesawat Beechcraft Model 390, yang membawa lapan individu termasuk dua anak kapal, dan seorang exco Pahang terhempas di Lebuhraya Guthrie petang semalam.

Pemandu kereta dan penunggang motosikal turut maut selepas dirempuh pesawat malang itu.

[videopress z46XxZDX]

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam

Apa sudah jadi BCL?

Hanya salah faham, saya kerani bukan peguam – Fatiya Latiff

Diana Danielle dapat pengganti?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker