Jenazah abang dalam keadaan lengkap

Jenazah abang dalam keadaan lengkap

Biarpun kurang sempurna, jenazah pekerja p-hailing yang maut susulan nahas jet persendirian terhempas di Shah Alam, Selangor semalam, dikatakan ditemui dalam keadaan lengkap.

Perkembangan itu dimaklumkan Norhikmah Muhammad Salleh, 26, adik kepada penunggang motosikal p-hailing yang dilaporkan maut dalam kejadian terbabit.



Norhikmah berkata, dia sekeluarga ketika ini masih menunggu prosedur bedah siasat hospital.

“Kami sekeluarga dimaklumkan pengecaman jenazah abang, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, sukar dilakukan kerana wajahnya kurang sempurna, tetapi dikatakan anggota badan masih lengkap.

“Setakat ini, ibu, abah dan abang saya lagi seorang sudah memberikan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada jam 3.45 pagi tadi. Ia bagi membolehkan proses bedah siasat dimulakan.

“Mereka ketika ini, berada di auditorium hospital (Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor) bersama waris mangsa yang lain untuk mendengar taklimat daripada pihak berkaitan,” katanya kepada BH, hari ini.



Muhamad Hafiz adalah pekerja p-hailing yang kebetulan lalu di lokasi kejadian dan menjadi antara 10 mangsa yang maut akibat insiden pesawat terhempas di Bandar Elmina dekat Shah Alam, Selangor, kira-kira jam 2.40 petang semalam.

Jet peribadi itu berlepas dari Langkawi, Kedah dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, pada jam 2.50 petang, namun terhempas dua minit sebelum waktu pendaratan.


Muhamad Hafiz (depan, kanan) bergambar bersama keluarganya termasuk Norhikmah (berdiri kanan). – Foto ihsan keluarga

Sementara itu, Norhikmah berkata, dia sekeluarga masih belum berpeluang melihat jenazah Muhamad Hafiz, selain mengakui akan menghormati sebarang keputusan dimuktamadkan pihak berkuasa.



“Kami sekeluarga masih menunggu keizinan pihak hospital (untuk menatap jenazah Muhamad Hafiz) tetapi reda jika tidak berpeluang untuk berbuat demikian.

“Kalau dapat buka (kafan jenazah) sekalipun, mungkin kami akan beri peluang kepada keluarga sahaja untuk menatap arwah abang buat kali terakhir,” katanya yang juga suri rumah. BH

Jenazah abang dalam keadaan lengkap

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam

Apa sudah jadi BCL?



Hanya salah faham, saya kerani bukan peguam – Fatiya Latiff

Diana Danielle dapat pengganti?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker