Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Gara-gara memberi ulasan negatif mengenai perkhidmatan resort terkemuka di sebuah pulau di Johor, pelakon Norreen Iman dan pempengaruh Bella Khan, bakal berdepan tindakan undang-undang.

Menerusi kenyataan pengurusan resort terbabit, kedua-dua individu tersebut tidak pernah membuat sebarang aduan sepanjang menginap di sana, sebaliknya bertindak memilih untuk mendedahkan ketidakpuasan hati mereka dalam media sosial.



Malah menurut pihak pengurusan lagi, mereka juga sudah menasihati kumpulan terbabit agar membuat aduan rasmi dengan butiran lengkap ke saluran yang betul supaya pihaknya dapat meneliti masalah diajukan.

“Sebelum menyiarkan hantaran dalam media sosial, Norreen Iman dan Bella Khan atau mana-mana wakil mereka tidak pernah secara langsung membuat aduan kepada kami, terutama semasa berada di resort kami.

“Pengurus kami telah menasihati mereka untuk menyerahkan aduan mereka (jika ada) dengan butiran yang berkaitan melalui e-mel supaya kita boleh menyiasat sebelum mengambil tindakan perlu.

“Sebaliknya, Norreen Iman dan Bella Khan menyalahgunakan pengaruh mereka dalam media sosial dengan menyerang perniagaan kami menerusi penerbitan siaran media sosial dan kenyataan yang tidak disahkan,” jelasnya dalam kenyataan itu.



Kenyataan rasmi daripada sebuah resort terkemuka Johor yang memaklumkan pihak pengurusan mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua individu termasuklah Norreen.

Susulan itu, pihak pengurusan resort mengambil langkah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Noreen dan Bella atas kenyataan mereka yang berbaur fitnah.

“Tingkah laku mereka yang tidak bertanggungjawab telah mendedahkan kami kepada kebencian, cemuhan, dan penghinaan orang ramai, sehingga memusnahkan nama baik dan reputasi kita.

“Lebih teruk, kami juga menerima ugutan bunuh, perkara ini sangat serius.



“Selepas mempertimbangkan implikasi negatif serta keselamatan kakitangan kami, kami memutuskan untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka berdua dan pihak ketiga yang memfitnah atau mengugut kami,” ujarnya.

Terdahulu, Norreen dan Bella Khan dilaporkan telah membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk menginap di resort terbabit, namun menerima layanan tidak memuaskan dari segi servis staf resort dan juga perkhidmatan yang disediakan sepanjang penginapan.

Mereka meluahkan ketidakpuasan hati mereka menerusi platform media sosial masing-masing sehingga menjadi topik hangat dan netizen sama naik menghentam resort berkenaan. K Online

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam



Apa sudah jadi BCL?

Hanya salah faham, saya kerani bukan peguam – Fatiya Latiff



Diana Danielle dapat pengganti?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker