Guna logo, tema berbeza, tindakan kurang ajar, tak bertanggungjawab
Guna logo, tema berbeza, tindakan kurang ajar, tak bertanggungjawab
Syor Pemuda Perikatan Nasional (PN) supaya empat negeri ditadbir gabungan itu menggunakan logo dan tema sambutan Hari Kebangsaan 2023 berbeza dengan Persekutuan, dianggap kurang ajar dan tidak bertanggungjawab.
Tokoh sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam, berkata ia juga berupaya mencetuskan, bukan saja perpecahan dalam kalangan rakyat, bahkan dikhuatiri menggugat ketenteraman awam, dengan budaya pengasingan mula diterapkan antara negeri dan Pusat.
“Negeri ini duduknya bawah Persekutuan, tidak seharusnya menimbulkan sebarang ketegangan, perbezaan sehingga rakyat dalam negeri itu dilihat terpisah. Bila lakukan sesuatu yang berbeza, ia akan melahirkan kesetiaan yang tidak sama antara rakyat di negeri itu dan negeri lain.
“Kita semua dalam Persekutuan Malaysia, satu negara, satu bahasa, satu pentadbiran oleh Yang di-Pertuan Agong. Perbezaan boleh berlaku, tapi tidaklah sampai mengetepikan dasar negara. Menetapkan logo Hari Kebangsaan itu dasar Persekutuan, hak Persekutuan, negeri hanya mengikut,” katanya.
Semalam, Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari memaklumkan kemungkinan gabungan itu akan menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza untuk sambutan peringkat negeri di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang ditadbir PN.
Logo diperkenalkan Pemuda PN berteraskan bunga raya dengan lima kelopak yang menjadi bunga kebangsaan serta mengambil elemen warna yang terdapat pada Jalur Gemilang, dengan tema ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’.
Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 peringkat nasional pula bertemakan ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’.
Logo Malaysia MADANI diangkat menjadi logo rasmi sambutan, ymemiliki reka bentuk unik dan simbolik dengan ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara’.
Ramlah berkata, kenyataan oleh Ketua Pemuda PN berkaitan syor itu menzahirkan sikap sombong, terutama selepas gabungan itu menguasai tiga negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu dan dilihat usaha untuk memecahkan perpaduan negara.
“Kita berbeza parti, bukan dasar negara. Jadi kalau tak guna logo sama, seolah-olah tak setia kepada negara. Negara sudah putuskan soal logo Hari Kebangsaan, di mana ia hak Persekutuan, bukan hak negeri. Ini satu perkara yang akan menjadi bibit memecahkan perpaduan Malaysia.
“Saya rasa dia macam kurang ajar kepada dasar negara pun ada, ini menyedihkan. Saya rasa parti yang menang ini terlalu sombong, angkuh sehingga mencabar dasar kebangsaan dan Persekutuan yang merujuk dasar Hari Kebangsaan itu sendiri. Sambutan Hari Kebangsaan sebahagian dasar negara,” katanya.
Bagi Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong, isu itu tercetus disebabkan masing-masing blok politik cuba memupuk sentimen kepartian dalam sambutan Hari Kebangsaan dan ia sesuatu yang jelas silap, melalui penggunaan frasa dan perkataan tertentu yang terlampau mengangkat imej sendiri.
“Ia bukan saja tidak baik, tapi turut mengakibatkan pihak penentang rasa tersisih dan dipinggirkan. Tema sambutan kemerdekaan negara sepatutnya neutral, tak boleh ada unsur politik, tapi kita lihat ada juga unsur politik.
“Isu ini timbul sebab kita sarat dengan unsur politik. Dalam keadaan negara belum stabil politiknya, ada persengketaan politik, maka akan cetus perpecahan. Kemudian, kita nampak satu pihak lain enggan guna tema dan logo sama, mahu buat tema dan logo sendiri, namun tetap terjebak dengan politik mereka,” katanya. BH
Guna logo, tema berbeza, tindakan kurang ajar, tak bertanggungjawab
Baca Artikel Menarik:
- Razlan nasihat Isham jadi matang dan jangan terburu-buru
- Akmal ‘budak’ Hisham, ini respon tuan punya badan
- Rider nahas pesawat terhempas dalam perjalanan hantar sup gearbox
- Pemain bola sepak tempatan dituntut bayar hutang RM100,000 (Video)
- Semua jenazah mangsa nahas pesawat di Elmina tidak sempurna
- Pesawat melencong sebelum terhempas
- ‘Baru Lepas Jumpa’ – Remy Ishak Sedih Dengan Berita Pemergian Pilot
- Foto kenangan terakhir sebelum nahas
- Video pesawat terhempas didedahkan, bukan tragedi pertama di Elmina [VIDEO]
- Vincent Tan peroleh perintah sekatan sementara terhadap Sanusi
- Isu Ambalat, Hajiji jawab tuduhan Adun Tungku
- Balik saja, jangan banyak alasan – Azam Baki
- Sajat Dicekup Polis Australia?
- Mimi Lana gila perhatian?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor
Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)
Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)