Akmal ‘budak’ Hisham, ini respon tuan punya badan

Akmal ‘budak’ Hisham, ini respon tuan punya badan

Sejak semalam, tular gambar Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh bersama Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ahli Parlimen Sembrong yang digantung keahliannya dalam parti pada Januari lalu.

Ada mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang juga EXCO Kerajaan Melaka itu berkomplot dengan bekas Naib Presiden UMNO berkenaan, ada juga melabel beliau sebagai ‘budak Hisham’



Dalam reaksi melalui Facebook hari ini, Ketua Pemuda memberi penjelasan mengenai gambar berkenaan dan label yang dikaitkan dengannya.

“Suka saya menjelaskan, gambar yang ditularkan ini adalah pada perjumpaan saya dengan beliau (Hishammuddin) pada 25 September 2019.

“Ketika itu, UMNO masih lagi pembangkang dan kerajaan ketika itu adalah PH (Pakatan Harapan), saya hanya sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin dan belum lagi menjadi Ketua Pemuda UMNO (Malaysia).

“Ketika itu, beliau (Hishammuddin) juga masih lagi ahli UMNO,” katanya sambil menggesa semua pihak dalam parti menghentikan budaya gemar label-melabel antara satu sama lain, sebaliknya menumpukan kepada usaha memulihkan UMNO.



Katanya, sekarang bukan lagi masa untuk membuat tuduhan tanpa asas kerana tanggungjawab yang perlu digalas ketika ini ialah mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO.

“Cukup-cukuplah kita nak melabel sana sini. UMNO ini perlu dipulihkan, bukan terus dengan tuduh menuduh tanpa asas. Tugas kita untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO, bukan menjauhkan rakyat daripada UMNO,” katanya.

Beliau berkata, kebelakangan ini sudah bermula budaya politik murahan yang diketengahkan sesetengah pihak yang cenderung melabelkan seseorang tanpa asas.

Malam tadi, Pemuda UMNO menganjurkan sesi ‘post mortem’ secara tertutup tanpa liputan media, dengan satu resolusi dijangka dikemukakan sayap itu kepada pucuk pimpinan parti dalam masa terdekat, susulan prestasi hambar direkodkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu.



Dalam ucapannya sebelum sesi berkenaan, Muhamad Akmal mengakui ramai pihak panas hati apabila Pemuda UMNO mahu mengadakan majlis terbabit, namun ia tidak wajar menjadi satu bentuk ketakutan atau berasa terancam oleh sayap parti itu.

Terdahulu, beliau sebelum ini menegaskan, keputusan PRN lalu, jelas membuktikan UMNO perlu berani untuk berubah dengan mengutamakan suara rakyat, bukannya suara pemimpin, jika tidak mahu parti itu terus dilupakan.

“Membawa suara rakyat perlu diutamakan, bukan suara pemimpin. Berani untuk berubah jika kita tidak mahu UMNO terus dilupakan,” katanya sambil menambah, pemimpin UMNO mempunyai tugas untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada parti terbabit.

Pada PRN enam negeri, BN hanya menang dua kerusi di Selangor, iaitu DUN Sungai Air Tawar dan Dusun Tua, satu kerusi di Kelantan (Galas) dan dua keris di Pulau Pinang (Bertam dan Sungai Acheh).



Di Terengganu, semua calonnya tewas, termasuk dua bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. Namun, BN Negeri Sembilan menang 14 daripada 17 kerusi ditandingi, menyumbang kemenangan majoriti dua pertiga bersama Pakatan Harapan (PH).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), UMNO di bawah pimpinan Ahmad Zahid juga kalah teruk apabila hanya mampu menang 26 kerusi Parlimen. BH

Akmal ‘budak’ Hisham, ini respon tuan punya badan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam

Apa sudah jadi BCL?



Hanya salah faham, saya kerani bukan peguam – Fatiya Latiff

Diana Danielle dapat pengganti?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker