Rider nahas pesawat terhempas dalam perjalanan hantar sup gearbox

Rider nahas pesawat terhempas dalam perjalanan hantar sup gearbox

Penghantar makanan yang menjadi mangsa nahas pesawat Beechcraft Premier 1 didakwa menerima tugasan terakhir menghantar sup ‘gear box’ kepada pelanggan di Bukit Jelutong, Shah Alam, kurang dua minit sebelum kejadian itu berlaku.

Difahamkan mangsa, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, ketika itu sudah selesai menghantar makanan kepada seorang pelanggan di Jalan Elektron, U16 Shah Alam.



Perkara itu didedahkan oleh ketua ‘rider’ Zon Subang 2, Mohd Fairuz Imam Mahdi yang menjelaskan, mangsa baru sahaja selesai menghantar makanan dari sebuah kedai makanan Barat di kawasan berkenaan dan sepatutnya berehat pada jam 3 petang.

“Namun beliau menerima tempahan penghantaran dari sebuah kedai sup ‘gear box’ di Bukit Jelutong ke pelanggan di kawasan sama pada jam 2.41 petang.

“Sistem menyatakan dia menerima tempahan itu dan kemungkinan besar, dia dalam perjalanan ke Bukit Jelutong sebelum terbabit dalam nahas itu,” katanya kepada BH, di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Fairuz berkata, penghantaran Sup Gearbox itu terhenti dengan sendiri apabila sistem gagal mengesan pengemaskinian kedudukan Global Positioning System (GPS) Muhamad Hafiz.



“Sekitar jam 2.57 petang, sistem penghantar terhenti dengan sendiri disebabkan mangsa tidak sampai-sampai ke lokasi. Malah ketika itu GPS juga langsung tidak dapat kesan.

“Kami kumpulan penghantar menjangkakan ketika itulah mangsa terbabit nahas dan telefonnya juga mungkin meletup,” katanya.

Beliau berkata, mangsa sepatut berehat seketika daripada tugasan pada jam 3 petang dan menyambung semula pada jam 4.45 petang.

Mohd Fairuz berkata, kumpulan penghantar di Subang 2 sebenarnya tidak menjangkakan kejadian itu menimpa rakannya dan hanya mengetahui ia membabitkan Muhamad Hafiz sekitar jam 8 malam sahaja.



“Rakan kami yang menjadi orang pertama menyebarkan video nahas juga tidak perasan ia adalah Muhammad Hafiz kerana tiada tanda-tanda ia adalah penghantar Food Panda,” katanya.

Seorang lagi rakannya, Mohd Noramin Ismail, 36, berkata Muhammad Hafiz kali terakhir berborak dalam kumpulan WhatsApp pada jam 2.31 petang dan ketika itu mangsa menyampuk untuk bertanya khabarnya.

“Dia tanya khabar saya kerana mengatakan sudah lama tak nampak saya. Saya menyahutnya dan mengajak untuk bersama-sama mendapatkan makanan percuma yang diedarkan McDonald.

“Mungkin dia bertanya selepas selesai menghantar makanan di Jalan Elektron dan selepas itu mahu ke Bukit Jelutong,” katanya.



Katanya, Muhammad Hafiz adalah sahabat yang begitu baik dan amat lama bertugas sebagai penghantar iaitu sejak tahun 2019 lagi.

“Dia juga seorang yang berpendidikan tinggi dan graduan Ijazah Kejuruteraan Pembinaan Awam Universiti Teknologi MARA (UiTM),” katanya. BH

Rider nahas pesawat terhempas dalam perjalanan hantar sup gearbox

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam

Apa sudah jadi BCL?



Hanya salah faham, saya kerani bukan peguam – Fatiya Latiff

Diana Danielle dapat pengganti?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker