Balik saja, jangan banyak alasan – Azam Baki

Balik saja, jangan banyak alasan – Azam Baki

“Balik saja dan jangan bagi banyak alasan,” tegas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai peguam yang juga pengarah dan pemegang saham NERS Sdn Bhd (NERS), Mansoor Saat serta menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Muhammad Adlan yang dicari SPRM.



“Saya tetap dengan pendirian saya. Awak (kedua-duanya) balik saja dan hadapi apa juga siasatan dan jangan bagi banyak alasan, saya tidak mahu dengar.

“Mungkin cakap saya ini, cakap yang orang tidak suka tetapi itulah saya. Jadi awak berdua, balik sahaja dan jangan bagi alasan,” katanya selepas Forum Eksekutif Merdeka, Tadbir Urus Terbaik Dalam Sektor Awam di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), hari ini.

Terdahulu, Mansoor, 69, dalam kenyataannya yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, menyangkal dakwaan melarikan diri daripada menghadapi pertuduhan.

Tegasnya, beliau bukan seorang pelarian dan tidak melarikan diri, selain sudah memberi kerjasama kepada SPRM yang mengetahui keberadaannya.



Katanya, tindakan keluar dari Malaysia dibuat secara sah atas urusan perniagaan, namun ia kini digunakan terhadapnya sebagai isyarat seolah-oleh dirinya bersalah.

Sebelum ini, Muhammad Adlan turut dilapor menegaskan tidak pernah ditangkap atau dihubungi SPRM selepas didakwa melarikan diri ke luar negara dan dimasukkan dalam senarai orang dikehendaki agensi itu.

Semakan rekod mendapati Muhammad Adlan dan Mansoor meninggalkan Malaysia masing-masing pada pada 17 Mei dan 21 Mei lalu dengan tiada rekod kembali ke tanah air.

Pada 10 Ogos lalu BH melaporkan, Azam pernah meminta ahli perniagaan, Muhammad Adlan yang kini berada di luar negara untuk balik berurusan dengan pihaknya tanpa sebarang alasan.



Azam turut menafikan SPRM baru mencari menantu bekas Perdana Menteri itu, sebaliknya agensi berkenaan sudah beberapa kali mencuba menghubungi beliau.

“Kita sudah mencarinya sejak Jun tetapi gagal untuk beri bekerjasama dan setiap kali pegawai penyiasat berhubung dengannya, ada alasan diberikan.

“Tindakan (notis individu dikehendaki) dilakukan apabila beliau tidak mahu bekerjasama dan bukan ada kaitan dengan pilihan raya negeri (PRN),” katanya. BH

Balik saja, jangan banyak alasan – Azam Baki



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam



Apa sudah jadi BCL?

Hanya salah faham, saya kerani bukan peguam – Fatiya Latiff



Diana Danielle dapat pengganti?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker