Ditembak 2 kali di kepala, masih hidup

Ditembak 2 kali di kepala, masih hidup

MEXICO CITY: Seorang lelaki di Mexico boleh menganggap dirinya bertuah kerana masih hidup selepas terkena tembakan sekurang-kurangnya dua kali yang ditujukan ke arah kepalanya.

Lapor Oddity Central, lelaki dikenali sebagai Francisco sedang bersiar-siar di jalan kawasan kejiranan Gustavo A Madero di Mexico City pada 2 Ogos lalu.



Ketika kejadian, Francisco dihampiri seorang lelaki dikenali sebagai Carlos N yang bertindak melepaskan tembakan dua kali di kepala mangsa dalam jarak dekat.

Setakat ini, punca serangan masih belum didedahkan namun kebanyakan tajuk berita tempatan memfokuskan mengenai insiden tembakan yang luar biasa itu.

Tembakan ke arah kepala Francisco itu dikatakan memantul semula sehingga menyebabkan mangsa hanya mengalami luka kecil di daging yang menyelaputi bahagian tengkorak.

Sukar untuk menerangkan bagaimana Francisco terselamat daripada serangan itu.



Namun, menurut beberapa sumber, ia adalah gabungan ajaib membabitkan beberapa faktor.

“Nampaknya, peluru digunakan oleh penyerang sudah lama dan belerang dalam peluru juga sangat lembap.

“Faktor ini, digabungkan dengan pistol berkaliber kecil dan mempunyai laras sangat pendek, yang menjejaskan kelajuan dan kuasa tembusan keseluruhan peluru.

“Daripada menusuk tengkorak lelaki berkenaan, peluru itu hanya melantun daripada tengkorak mangsa,” jelas laporan.



Francisco hanya mengalami kecederaan kecil dan sempat meminta bantuan beberapa pengawal keselamatan berhampiran yang berjaya menangkap Carlos. Utusan

Ditembak 2 kali di kepala, masih hidup

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle



Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker