Bersatu hanya dapat 3 daripada 10 jawatan exco Kedah

Bersatu hanya dapat 3 daripada 10 jawatan exco Kedah

Di sebalik tambahan lima kerusi yang dimenangi Bersatu pada pilihan raya negeri 12 Ogos lalu, parti itu hanya diberikan tiga jawatan exco dalam kerajaan negeri Kedah berbanding lima wakil sebelum ini.

Exco Bersatu, yang mengangkat sumpah hari ini, adalah Halimaton Shaadiah Saad (Bukit Kayu Hitam), Dzowahir Ab Ghani (Suka Menanti) dan Mohd Salleh Saidin (Kubang Rotan).



Semalam, Berita Harian, yang memetik sumber, melaporkan Bersatu tidak berpuas hati dengan isu pembahagian jawatan itu.

Kesemua sepuluh Adun Kedah yang dilantik sebagai exco mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit, di Alor Setar bermula pukul 10 pagi.

Hanya tiga exco daripada barisan terdahulu dikekalkan bagi penggal ini termasuk Halimaton, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria (Kuala Nerang) dan Siti Ashah Ghazali (Merbau Pulas).

Antara muka baharu mengangkat sumpah hari ini termasuk bekas naib canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Haim Hilman Abdullah (Jitra) dan bekas ketua pasukan bola sepak Kedah Muhammad Radhi Mat Din (Alor Mengkudu).



Pada pilihan raya negeri minggu lepas, PN meraih majoriti besar apabila menang 33 dari 36 kerusi DUN di Kedah.

Dari jumlah kerusi berkenaan, Bersatu memenangi 11 kerusi manakala satu kerusi turut dimenangi oleh sekutu PN, Gerakan.

PAS pula memenangi 21 kerusi, yang disifatkan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya, sebagai satu kejayaan yang Bersejarah. Mk

Bersatu hanya dapat 3 daripada 10 jawatan exco Kedah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor



Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)



Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker