Itu tangan Yien – Diana Danielle

Diana Danielle menamatkan spekulasi konon sudah bertemu pengganti bekas suami, Farid Kamil selepas memuat naik foto menampakkan dirinya memegang tangan seorang individu di sebuah premis dipercayai restoran, baru-baru ini.

Diana atau nama sebenar, Diana Danielle Danny Beeson, 32, menjelaskan tangan yang dipegangnya itu adalah rakan wanita yang hanya dikenali Yien, ketika pelakon filem Imaginur itu hendak meninggalkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam di sini, petang semalam.

 



Diana ketika hendak meninggalkan perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, petang semalam. Foto NSTP Hairul Anuar Rahim
Diana ketika hendak meninggalkan perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, petang semalam. Foto NSTP Hairul Anuar Rahim

“Pegang tangan Yien (sambil menunjukkan rakannya itu yang duduk di kerusi pemandu kereta yang dinaiki),” katanya sebelum beredar sebaik prosiding tuntutan hadanah di mahkamah itu, berakhir.

Sebelum ini, melalui hantaran Instagram (IG), Diana memuat naik beberapa foto yang memaparkan dia memegang tangan seseorang lantas mencetuskan spekulasi apakah dirinya sedang dilamun cinta.

Entri itu turut menyertakan pautan tiga akaun IG rakannya yang lain.

Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet terkejut melihat hantaran itu dan mempersoalkan tindakan Diana seakan melanggar tempoh idah.



Pada prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam, Hakim Syarie, Zulfikri Yasoa menetapkan hak penjagaan penuh dua anak mereka, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8 diberikan kepada Diana.

Prosiding itu turut membenarkan Farid yang juga pengarah filem Remp-it 2 ini untuk melawat anak-anak mengikut terma dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Kemelut rumah tangga Farid dan Diana atau nama sebenar, Diana Danielle Danny Beeson, 32, berakhir dengan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Subang pada 10 Ogos lalu.

Lafaz cerai dilakukan Farid menerusi aplikasi Google Meet di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Diana mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.



Ini kerana Farid selaku defendan dalam kes lafaz cerai tidak dapat hadir ke mahkamah kerana masih tidak sihat akibat pasca COVID-19.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Beberapa pihak cepat melompat macam kera suka seolah-olah kami gagal – TMJ

Caprice kata ‘kamu ingat Kerajaan Malaysia macam spender’



Hairul Azreen berhenti berlakon

Gugurnya Air Mata Khai Bahar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker