Keputusan besar Lisa
Keputusan besar Lisa

(Yang menemubual Lisa secara maya, baru-baru ini)
Tarikh 28 Februari adalah sejarah buat anggota Blackpink, Lisa, 28, apabila album solo sulungnya berjudul Alter Ego dilancarkan secara rasmi.
Tarikh itu juga simbolik penting untuk cinta Lisa terhadap bidang seni.
Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manobal serius mencipta legasi muziknya ke peringkat lebih tinggi. Bukan setakat sebagai anggota Blackpink, namun sebagai penyanyi yang berdiri atas nama sendiri.
Menurutnya, pemilihan judul Alter Ego untuk album itu satu keputusan cukup besar. Dia ingin merangkumkan sisinya yang lebih berwarna-warni dan bukan terhad kepada karakter tertentu saja.
“Sebenarnya saya memulakan proses penghasilan album ini lebih setahun setengah lalu. Saya mencuba beberapa perkara baharu yang saya langsung tidak pernah lakukan sebelum ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
“Stail dan warna baharu saya, lagu-lagu serta corak yang tepat untuk album ini. Saya dapati banyak sisi baharu yang boleh saya lakukan dan kenapa tidak menamakannya Alter Ego.
“Dan Saya merasakan konsep itu cukup menarik dan inilah hasilnya. Saya tidak pernah fikirkan jangkaan orang, cuma lunaskan apa yang saya suka. Saya harap peminat akan sangat menikmati album ini,” katanya.
Bagi setiap penyanyi, album solo ibarat ‘bayi’ sulung mereka. Semestinya segala persiapan untuk ‘menyambut’ kedatangannya menuntut dedikasi dan tanggungjawab yang amat besar.
Demikian juga dirasai Lisa sepanjang proses menyempurnakan Alter Ego. Dia mahu pastikan setiap aspek album itu dibuat secara terperinci dan mengatasi apa jua cabaran yang terbit sepanjang prosesnya.
Menurutnya, pemilihan lagu yang tepat dan muktamad bukan tugas mudah. Dia perlu mengimbangi antara keinginan untuk tampilkan kelainan dan masih jujur kepada diri sendiri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
“Bahagian itu yang paling sukar. Saya rasa ia lebih kepada mencari titik tengah untuk keseluruhan album. Saya tidak mahu setiap lagu dimuatkan itu terlalu berbeza antara satu sama lain.
“Dan Saya inginkan sekurang-kurangnya tetap ada kelainan tapi tidak berlebihan. Untuk mendapatkan titik tengah dan lagu yang tepat itu memang agak susah,” katanya.
Lebih menarik, sebahagian proses menyiapkan Alter Ego bertembung dengan penggambaran siri The White Lotus musim ketiga yang dibintanginya. Komitmennya ketika itu memang amat ketat.
Namun, tiada yang lebih menggembirakannya selain dapat menyibukkan diri dalam kedua bidang dicintainya itu. Istilah penat terus dia ketepikan.
“Memang sangat-sangat mencabar tapi suka dengan kerja saya sekarang. Sebenarnya saya menjalani proses rakaman di Thailand, Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Merata-rata.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
Sekali Lagi Anwar Jadi ‘Kapten Amerika’ Untuk Rakyat Malaysia
“Saya cuma rasa terlalu bertuah dapat melunaskan dua tugasan pada masa serentak. Jadual saya sepanjang tahun lalu pun memang teramat padat,” katanya.
Lisa juga berkongsi misinya terlalu besar menerusi album itu. Bukan sekadar hiburan saja, dia mahu mesej dalam lagu-lagunya mampu meninggalkan kesan mendalam kepada pendengar.
Dia juga cukup bertuah dapat bekerjasama dengan beberapa nama besar termasuk untuk lagu Born Again yang menampilkan Doja Cat dan RAYE.
Menurutnya Doja Cat adalah figura yang cukup disanjunginya.
“Saya mahu orang yang dengar album ini agar terus yakin dan harap dapat memperkasa mereka. Sangat seronok dapat tonjolkan aneka sisi Lisa dan semoga mereka akan terhibur.
“Saya juga memang peminat besar Doja Cat sejak bertahun lamanya. Satu penghormatan buat saya apabila dia setuju bekerjasama. Sewaktu di set rakaman, dia memang ‘superstar’, profesional dan santai,” katanya.
Dalam pada itu, Lisa sungguh teruja apabila memulakan kerjaya lakonan pula menerusi siri antologi The White Lotus 3 yang memang digilai penonton seluruh dunia. Apatah lagi, siri berkenaan dibintangi nama-nama besar.
Baginya, baik sebagai penyanyi mahupun pelakon, kedua bidang itu memberikan kepuasan berbeza baginya. Justeru, dia tidak melihat perlu wujud dilema memilih mana satu bidang lebih dicintainya.
“Berlakon adalah hal yang sangat baharu untuk saya. Seronok dan bertuah rasanya apabila dapat lakukan muzik dan lakonan pada masa sama. Besar maknanya menjadi sebahagian keluarga The White Lotus.
“Sejujurnya, saya tidak boleh hendak pilih-pilih. Kedua itu bidang yang berbeza. Saya sangat suka berada atas pentas. Berlakon pula memang cukup menyeronokkan. Dua-dua pun saya cinta,” katanya.
Album Alter Ego memuatkan 15 lagu iaitu Born Again menampilkan Doja Cat & RAYE, Rockstar, Elastigirl, Thunder, New Woman duet ROSALÕA, FXCK UP THE WORLD menampilkan Future, Rapunzel menampilkan Megan Thee Stallion, dan Moonlit Floor (Kiss Me).
Tidak ketinggalkan When I’m With You menampilkan Tyla, BADGRRRL, Lifestyle, Chill, Dream, FXCK UP THE WORLD (Vixi versi solo), dan Rapunzel (Kiki versi solo).
Selepas mencipta fenomena global sebagai anggota Blackpink, Lisa beralih fokus kepada karier muzik solonya. Pelbagai pencapaian diraihnya dan saat ini semakin menakluk dunia atas nama sendiri.
Antara pencapaian hebatnya termasuk mencipta sejarah menjadi artis K-Pop pertama menang beberapa kategori di Anugerah MTV VMA pada 2022 dan 2024.
Keputusan besar Lisa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.