Aaron-Wooi Yik mara suku akhir tanpa berpeluh

Aaron-Wooi Yik mara suku akhir tanpa berpeluh

Aaron-Wooi Yik mara suku akhir tanpa berpeluh
AARON-Wooi Yik raih kemenangan percuma. FOTO ASWADI ALIAS

Kuala Lumpur: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke suku akhir Terbuka Perancis tanpa perlu memerah keringat selepas pasangan Thailand, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul menarik diri daripada aksi pusingan kedua, hari ini.

Pasangan ranking keempat dunia itu diberikan kemenangan percuma atau walkover di Arena Grand Paris, namun sebab penarikan diri pasangan ranking ke-26 dunia berkenaan belum diketahui.

Keputusan itu memberi kelebihan buat pilihan keempat kejohanan berkenaan apabila mereka mendapat rehat tambahan sehari dalam usaha memburu gelaran Jelajah Dunia pertama musim ini.

Aaron-Wooi Yik hadir ke Paris dengan momentum positif selepas muncul naib juara Terbuka Denmark minggu lalu, sebelum membuka kempen di Perancis dengan menewaskan wakil China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu, 21-15, 21-19.

Kemenangan ke atas pasangan yang pernah membantu China menjuarai Piala Thomas itu membuktikan keupayaan beregu negara berkenaan untuk terus mencabar pasangan terbaik dunia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Sayang Rakyat: Amal Politik Sihat, Hindari Kebencian


Pada suku akhir, Aaron-Wooi Yik bakal berdepan sama ada rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun atau pilihan kelapan dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Wei Chong-Kai Wun yang menghuni ranking ke-11 dunia dijadual menentang pasangan Jepun itu hari ini, dengan kemenangan bakal menyaksikan pertembungan sesama negara di suku akhir.

Aaron-Wooi Yik kini berharap dapat menyamai atau memperbaiki pencapaian mara ke separuh akhir Terbuka Perancis tahun lalu.

Mereka turut melangkah ke separuh akhir pada edisi 2021, selain mara ke suku akhir pada 2024.

Walaupun sudah tiga kali melangkah ke final Jelajah Dunia musim ini, Aaron-Wooi Yik masih belum meraih sebarang gelaran, dengan kejayaan terakhir mereka hadir pada Terbuka Singapura, Jun tahun lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

ANGKASA, Analytx Meterai MoU Tampil Dengan Inisiatif Baharu – Abdul Fattah


Justeru, kemaraan ke suku akhir kali ini membuka peluang buat pasangan negara itu meneruskan cabaran dalam usaha menamatkan penantian gelaran musim ini.

Aaron-Wooi Yik mara suku akhir tanpa berpeluh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Peruntukan RM7.27 Juta Fokus 19 Kerja Penyenggaraan Jalan Di Sik

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker