Ammar Aiman sasar pingat emas, rekod peribadi di Kejohanan Dunia
Ammar Aiman sasar pingat emas, rekod peribadi di Kejohanan Dunia

Nagoya: Atlet olahraga para negara, Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi menyasarkan untuk memperbaharui rekod peribadi pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di Uzbekistan tahun depan selepas terlepas peluang mempertahankan pingat emas acara 400 meter (m) T20 lelaki pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026.
Ammar, 24, yang meraih pingat perak dengan catatan 48.34 saat (s) di Nagoya City Mizuho Park Athletic Stadium mengakui masih kecewa atas kegagalan itu, namun tetap bersyukur dapat menyumbang pingat kepada negara.
Keputusan itu, menurut Ammar menjadi motivasi untuk dirinya kembali dengan lebih kuat terutama selepas kali terakhir mencatat masa di bawah 48s pada 2024 menerusi penampilan di Terbuka Paris yang menyaksikan beliau memecahkan rekod temasya.
“Di sini pun saya rasa kecewa juga. Saya tidak dapat bawa balik pingat emas dan mempertahankan gelaran Kejuaraan Asia.
Ammar meluahkan hasrat untuk menguji kemampuan dalam Sukan SEA sebagai atlet normal selain menyasarkan peluang bersaing dengan pemegang rekod kebangsaan 400m lelaki Umar Osman yang disifatkannya sebagai rakan dan pencabar untuk memecahkan rekod kebangsaan.
Dalam pada itu, Ammar berkata, sokongan Toyota menerusi program Global Team Toyota Athletes (GTTA) memberikan inspirasi baharu kepadanya untuk terus memperbaiki prestasi dan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
Ammar yang juga antara atlet disokong dalam program GTTA berkata, beliau menjadikan atlet para negara Datuk Abdul Latif Romly sebagai sumber inspirasi untuk mencatatkan lebih banyak kejayaan dalam bidang sukan.
“Saya berhasrat untuk membuktikan diri boleh menjadi seperti Datuk Abdul Latif. Saya boleh dan akan buat yang terbaik untuk saya, keluarga dan Malaysia,” katanya.
Toyota Motor Asia melaksanakan program GTTA bagi menyokong atlet di rantau Asia dalam mengejar matlamat sukan mereka sejak 2018 dan telah bekerjasama dengan lebih 20 atlet menerusi program itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemergian Adik Asiah Sentuh Hati Zahid, Titip Doa Buat Keluarga
- Hormati Proses Kehakiman, Kekalkan Konsistensi Undang-Undang – Ahli Parlimen Kuala Pilah
- Wan Rosdy Tegas Komitmen Jaga Kebajikan Rakyat Pahang
ANGKASA, Analytx Meterai MoU Tampil Dengan Inisiatif Baharu – Abdul Fattah
Melalui inisiatif Dual Hero Project yang diperkenalkan pada 2018, setiap atlet turut disokong untuk membangunkan projek komuniti berdasarkan isu atau tujuan yang dekat dengan hati mereka.
Bagi Aichi-Nagoya 2026, Toyota Motor Asia menyokong tujuh atlet dari enam pasaran Asia yang bertanding dalam pelbagai disiplin, termasuk sukan para yang melibatkan acara olahraga, renang, berbasikal dan angkat berat.
Ammar Aiman sasar pingat emas, rekod peribadi di Kejohanan Dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Watikah Pelantikan JPKK DUN Senaling Amanah Demi Rakyat
- Kerajaan Bantu Mudah Cara Urusan Keluarga Mangsa Banjir Nepal
- PRN Melaka: BN Lancar Jentera Pilihan Raya, Umum Calon 24 Oktober Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Peruntukan RM7.27 Juta Fokus 19 Kerja Penyenggaraan Jalan Di Sik
You must be logged in to post a comment.