Halim, Shahafiq sumbang perak, gangsa di kolam renang

Halim, Shahafiq sumbang perak, gangsa di kolam renang

Halim, Shahafiq sumbang perak, gangsa di kolam renang
HALIM meraih perak dalam acara renang. FOTO Ihsan Majlis Sukan Negara

Kuala Lumpur: Perenang negara, Abd Halim Mohammad dan Shahafiq Abdullah, mempamerkan aksi cemerlang pada temasya Sukan Para Asia hari ini apabila masing-masing menyumbang pingat perak dan gangsa, sekali gus menjadikan jumlah kutipan pingat Malaysia dalam acara renang meningkat kepada empat.

Halim membuka tirai kejayaan di Gimnasium Am Bandar Nagoya (Kolam Rainbow) apabila meraih pingat perak dalam final 100 meter (m) kuak dada lelaki kategori SB8 (ketidakupayaan fizikal) dengan catatan masa 1 minit 14.45 saat (s).

Pingat emas menjadi milik China, Xu Haijiao dengan catatan 1:12.80s, manakala rakan senegaranya, Li Ting meraih gangsa dengan catatan 1:16.56s.

Shahafiq kemudian turut mengesahkan podium buat kontinjen negara apabila meraih pingat gangsa dalam acara akhir 100m kuak dada lelaki SB7 selepas mencatat masa 1:36.41s.

Wakil Indonesia, Abdil Majid Rahman muncul juara untuk meraih pingat emas dengan catatan 1:20.26s, manakala pingat perak milik perenang China, Zhang Yilong dengan 1:21.98s.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Sayang Rakyat: Amal Politik Sihat, Hindari Kebencian


Dua pingat yang disumbangkan pada hari ini menjadikan skuad renang para negara secara keseluruhan meraih empat pingat iaitu satu emas, satu perak dan dua gangsa.

Sementara itu, Carmen Lim terpaksa berpuas hari di tempat keenam dalam final 100m kuak lentang wanita S8 dengan catatan masa 1:38.08s, acara itu disapu bersih atlet China menerusi Zheng Tingting (1:20.43s), Zhu Hui (1:21.66s), dan Lu Weiyuan (1:22.07s).

Dalam satu lagi acara final, Rusdianto Rusmadi menamatkan perlumbaan di tempat kelima dalam acara 100m kuak lentang lelaki S8 selepas mencatat masa 1:15.86s.

Bagi acara 100m kuak dada wanita SB9, Ong Jia Xuan mencatatkan masa 1:31.06s untuk menduduki tempat keenam, manakala rakan sepasukannya, Elysha Cheong Hui Yin, menamatkan saingan di tempat ketujuh dengan catatan 1:33.05s.

Elysha turut beraksi dalam final 50m gaya bebas wanita S10 yang berlangsung lebih awal, dengan menamatkan perlumbaan di tempat keenam menerusi catatan masa 33.86s.

Halim, Shahafiq sumbang perak, gangsa di kolam renang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Peruntukan RM7.27 Juta Fokus 19 Kerja Penyenggaraan Jalan Di Sik

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker