Muhyiddin patut bertanggungjawab – Che’gu Bard

Muhyiddin patut bertanggungjawab – Che’gu Bard

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bertanggungjawab atas kegagalan Perikatan Nasional (PN) menawan Negeri Sembilan pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin berkata, ia berikutan keputusan Muhyiddin melantik Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan.

Menurut beliau, tindakan itu telah menyebabkan status Negeri Sembilan bertukar daripada negeri yang boleh dimenangi PN kepada negeri mudah kalah.

“Senarai calon beberapa orang umur 70 tahun ke atas, calon tak sedia tanding, tak ada jentera, tanpa persediaan kewangan adalah sangat pelik dan seolah sengaja untuk kalah,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Keputusan PRN Negeri Sembilan menyaksikan PN hanya memenangi lima daripada 36 kerusi yang ditandingi, sekali gus gagal mencapai sasaran memenangi sekurang-kurangnya 19 kerusi bagi menewaskan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Che’gu Bard memberitahu, semangat rakyat Negeri Sembilan yang inginkan perubahan telah dikhianati dengan cara PN bertanding dalam gelanggang PRN.

Beliau kesal kerana sehingga ini tiada sesiapa pun yang mengambil tanggungjawab terhadap prestasi buruk PN di Negeri Sembilan.

“Saya dah hantar pada makluman Presiden namun Presiden diharap jangan buat ‘sejuk’ sahaja, masalah sentiasa wujud tapi kena selesaikan bukan ‘sejukkan’ sahaja.

“Ingat kekuatan Bersatu dan PN bukan kekuatan parti tapi kekuatan gelombang rakyat, maka jagalah sebaiknya,” jelasnya.

Sementara itu, Badrul Hisham mempersoalkan tindakan Bersatu Kedah yang menamakan hanya tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti berkenaan untuk mengisi jawatan exco Kerajaan Negeri Kedah, selain seorang lagi untuk jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau mendakwa, perkara itu didedahkan melalui surat daripada Badan Perhubungan Bersatu Kedah kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

“Kenapa ini boleh berlaku? Sedangkan keputusan berbeza dengan keputusan Bersatu Pusat,” katanya.

Sehubungan itu, Badrul Hisham meminta Bersatu ‘mengemas rumah’ betul-betul sebelum mempertikaikan parti komponen PN dalam isu lantikan exco kerajaan negeri Kedah. MG

Muhyiddin patut bertanggungjawab – Che’gu Bard

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Beberapa pihak cepat melompat macam kera suka seolah-olah kami gagal – TMJ

Caprice kata ‘kamu ingat Kerajaan Malaysia macam spender’

Hairul Azreen berhenti berlakon

Gugurnya Air Mata Khai Bahar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker