Baru keluar penjara, dicekup cuba rogol nenek

Baru keluar penjara, dicekup cuba rogol nenek

PETALING JAYA: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping atas tiga pertuduhan merompak dan cubaan merogol seorang warga emas minggu lalu.

Sinar Harian melaporkan S Saaran, 32, yang baru selesai menjalani hukuman penjara dua bulan lalu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Nabisha Ibrahim.



Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan cubaan rogol terhadap wanita berusia 75 tahun itu di ruang tamu sebuah rumah di Taman Assam Maju, daerah Larut Matang, kira-kira 8.30 pagi 15 Ogos lalu.

Saaran didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Dalam prosiding sama, Saaran didakwa merompak wang tunai RM10 serta rantai emas menggunakan sebilah pisau sehingga mencederakan mangsa.

Dia turut didakwa merompak wang tunai RM5,000 serta sebuah kereta jenis Honda milik seorang lelaki berusia 55 tahun yang juga menantu mangsa.



Dua kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi, masa dan tarikh sama. Dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat serta Seksyen 392 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat.

Nabisha menetapkan ikat jamin RM20,000 bagi setiap pertuduhan dan 25 Sept sebagai tarikh sebutan semula kes. FMT

Baru keluar penjara, dicekup cuba rogol nenek

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri



Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker