Ketua Wanita dah bangkit, Ketua Pemuda bila lagi?

Ketua Wanita dah bangkit, Ketua Pemuda bila lagi?

Oleh DR. RAMALAN YUNUS

Alhamdulillah kelihatannya Ketua Wanita UMNO sudah bangkit dengan penuh bersemangat. Beliau juga menyatakan akan terus bersama pucuk pimpinan UMNO untuk memperkukuhkan parti dan Kerajaan Perpaduan. Semangat dan komitmen seperti ini yang kita harapkan dari sayap Wanita UMNO.



Soalannya sekarang, sayap Pemuda UMNO bila lagi nak bangkit dan memberi komitmen sepenuhnya terhadap pucuk pimpinan parti? Atau masih ingin menyalahkan pucuk pimpinan parti lagi kerana prestasi buruk UMNO dalam PRN?

Kepada Ketua Pemuda UMNO, ikuti jejak langkah, semangat dan komitmen Ketua Wanita UMNO itu. Prestasi buruk UMNO-BN adalah tanggungjawab bersama. Ini bukan masanya untuk menyalahkan mana-mana pihak.

Kalau tanya saya antara Presiden UMNO dan Ketua Pemuda UMNO, siapa yang harus meletak jawatan? Jawapan saya sudah tentu Ketua Pemuda UMNO. Ini kerana ramai yang tahu bahawa Ketua Pemuda UMNO tidak berkempen untuk UMNO pun.

Jadi soalan saya, sewaktu berkempen dalam PRN tempoh hari, parti mana yang sebenarnya diwakili oleh Ketua Pemuda UMNO? Jadi kalau beliau jujur dengan diri beliau dan perjuangan UMNO, beliau yang seharusnya meletakkan jawatan.



Kalau memang sudah condong kepada PN, sertai sahaja PN. Jangan jadi gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut. Kalau kamu benar Ketua Pemuda UMNO Malaysia maka buktikanlah sekarang.

Ikut jejak langkah Ketua Wanita UMNO Malaysia. Isytiharkan sokongan dan komitmen kepada pucuk pimpinan UMNO. Tunjukkan semangat dan komitmen kepada UMNO dan Kerajaan Perpaduan dalam PRK akan datang ini.

Tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda UMNO itu cukup besar. Di tangan Ketua Pemuda UMNO terletaknya harapan dan masa depan UMNO. Belajar jadi pengikut yang baik kalau mahu jadi pemimpin yang baik.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah contoh Ketua Pemuda UMNO yang baik. Contohi sikap dan peranan mereka membantu Presiden UMNO sewaktu mereka menjadi Ketua Pemuda UMNO.



Mereka berdua menjadi Ketua Pemuda UMNO sewaktu UMNO terbelah dua sehingga berlaku pengharaman UMNO pada tahun 1988. Peranan Dato’ Seri Anwar dan Dato’ Seri Najib terbukti cukup besar dalam proses kebangkitan UMNO pada waktu itu.

Ingat! Hanya krisis sahaja yang akan melahirkan perwira yang sejati. Hanya kesengsaraan dan penderitaan sahaja yang akan mampu melahirkan manusia-manusia hebat. Jadi inilah masanya untuk membuktikan kebolehan dan kemampuan sebagai seorang pemimpin masa depan.

Kepada Ketua Pemuda UMNO dan juga seluruh ahli Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bangkitlah bersama-sama dengan Presiden UMNO, Ketua Wanita, Ketua Puteri dan seluruh ahli-ahli UMNO Malaysia yang masih setia dan istiqamah dengan perjuangan UMNO untuk mempertahankan Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah, Bangsa Melayu dan Raja-raja Melayu. EM

Dato’ Dr Ramalan Yunus
Penganalisis politik & ekonomi bebas



Ketua Wanita dah bangkit, Ketua Pemuda bila lagi?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang



Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri

Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin



Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker