Anwar perlu pertimbang lantik Johari sebagai Menteri Kewangan 2

Anwar perlu pertimbang lantik Johari sebagai Menteri Kewangan 2

Seorang pakar ekonomi menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim memperkasakan dua timbalan menteri kewangannya dengan tanggungjawab lebih besar dalam perancangan dan pelaksanaan dasar ekonomi.

Barjoyai Bardai berkata Anwar yang juga menteri kewangan, harus meminta bantuan Steven Sim dan Ahmad Maslan untuk tugas kritikal menggerakkan rangka kerja ekonomi Madani supaya hasilnya dapat dicapai segera.



“(Pada masa ini,) setiap timbalan menteri nampaknya telah diberikan portfolio tertentu yang berasingan daripada Anwar,” kata Barjoyai kepada FMT.

Bagaimanapun, beliau berkata Anwar boleh menggunakan timbalannya lebih baik dengan mengamanahkan mereka membuat susulan terhadap rancangan dan matlamat telah dikenal pasti dalam pelan tindakan ekonomi diumumkan 27 Julai.

Pakar ekonomi Carmelo Ferlito bagaimanapun mencadangkan agar perdana menteri mempertimbangkan untuk melantik menteri kewangan kedua bagi tujuan itu.

Ferlito berkata terdapat keperluan bagi seseorang untuk memikul beberapa tanggungjawab Anwar di bawah rangka kerja itu memandangkan matlamat jangka panjangnya yang bercita-cita tinggi untuk Malaysia.



“Anwar boleh membantu membentuk visi Kementerian Kewangan, tetapi dia mungkin terlalu sibuk untuk melihat keseluruhan pelaksanaan atau merealisasikan visi itu,” kata Ferlito, yang merupakan ketua eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran.

“Menteri kewangan kedua harus menjadi pemimpin yang kuat yang boleh melaksanakan dasar Anwar yang berpaksikan kepada reformasi institusi,” kata Ferlito.

Beliau berkata perdana menteri perlu mempertimbangkan Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Ghani yang mempunyai pengalaman dalam peranan itu.

Bagaimanapun, Barjoyai memberi amaran bahawa Anwar mungkin tidak berminat memandangkan kecenderungannya untuk menguruskan kerajaan secara “micromanage”.



Menurutnya, ini kerana menteri kewangan kedua itu juga perlu melaporkan kepada Anwar sebelum membuat kenyataan mengenai rancangan atau dasar Kementerian. FMT

Anwar perlu pertimbang lantik Johari sebagai Menteri Kewangan 2

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri



Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker