KKM sahkan tiada varian baru Covid-19 dikesan di Malaysia

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan varian baharu COVID-19 BA.2.86 belum dikesan di negara ini.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata meskipun tiada jangkitan direkodkan, KKM akan membuat pemantauan berterusan bagi mengekang penularan varian itu.

Untuk rekod, WHO menyenaraikan varian BA.2.86 sebagai varian di bawah pemantauan (Variant Under Monitoring).

Varian terbabit mempunyai 36 mutasi berbanding dengan varian XBB.1.5.

Pada masa sama, beliau juga menggalakkan individu yang layak menerima vaksin COVID-19 digalakkan segera mendapatkannya.

“Langkah berkenaan sebagai perlindungan selain mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan keterukan gejala.

“Justeru KKM menasihatkan orang ramai memakai pelitup muka terutama mereka bergejala atau apabila berada di tempat tertutup, sempit dan sesak bagi melindungi keluarga, jiran dan sahabat handai daripada mendapat jangkitan COVID-19,” katanya kepada BH, hari ini.

Sabtu lalu, Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) mengenal pasti varian baharu COVID-19 dengan ‘bilangan mutasi yang tinggi’ dikesan di Britain.

Mutasi BA.2.86 itu dikesan membabitkan seorang individu yang tidak mempunyai sejarah perjalanan baru-baru ini, sekali gus bermakna terdapat penularan ketara dalam komuniti.

Jujukan varian baharu COVID-19 itu kali pertama dikesan di Denmark pada 24 Julai lalu diikuti pada 31 Julai, iaitu hari sama ia ditemui di Israel. Satu lagi kes jangkitan varian yang sama di kesan di Amerika Syarikat (AS) pada awal bulan ini.

Varian itu juga dikenali sebagai ‘Pirola’ dan dikesan di empat negara setakat ini iaitu Denmark, Israel, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.

WHO turut memaklumkan lebih banyak maklumat mengenai varian itu perlu diperoleh termasuk kadar jangkitan atau tahap kerintangan imuniti.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri

Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker