Goh Jin Wei ‘dibungkuskan’ oleh pemain no. 1 dunia

Bekas juara remaja dunia Goh Jin Wei gagal memberi saingan kepada pemain perseorangan wanita nombor satu dunia An Se Young pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia di Denmark malam ini.

Jin Wei yang menghuni ranking ke-35, jelas tidak dapat menandingi kehebatan bintang Korea Selatan itu apabila tewas 21-12, 21-14 dalam masa 35 minit pertarungan di Royal Arena, Copenhagen.

Ia kekalahan ketiga Jin Wei di tangan Se Young dalam tiga pertemuan.



Se Young, pemenang pingat gangsa tahun lalu, akan berdepan pemenang antara pemain Amerika Syarikat (AS), Zhang Beiwen dan Kirsty Gilmour dari Scotland.

Sementara itu, empat wakil Malaysia dalam acara beregu berjaya melepasi pusingan pertama hari ini untuk layak ke pusingan 32 terakhir.

Beregu wanita profesional Vivian Hoo-Lim Chiew Sien turut melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia. – Foto Badminton Photo
Beregu wanita profesional Vivian Hoo-Lim Chiew Sien turut melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia. – Foto Badminton Photo

 

Beregu campuran ranking ke-21 dunia, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mudah menyingkirkan Hussein Zayan Shaheed-Fathimath Nabaa dari Maldives 21-4, 21-6 dalam masa 21 minit.



Mereka akan berdepan pilihan ke-12, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran dari Thailand esok.

Dalam kategori beregu lelaki, naib juara Masters Malaysia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mengatasi Lucas Corve-Ronan Labar dari Perancis 21-17, 21-18 untuk menempah pertemuan dengan pasangan Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Hon Ho.

Satu daripada kejutan terbesar hadir menerusi beregu wanita negara Anna Cheong-Teoh Mei Xing yang mengejutkan Annie Xu-Kerry Xu dari AS 21-14, 21-18 untuk berdepan Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai dari Thailand selepas ini.

Beregu wanita profesional Vivian Hoo-Lim Chiew Sien turut mara selepas menundukkan gandingan adik-beradik Sweden, Moa Sjoo-Tilda Sjoo 21-14, 21-12.



Mereka bagaimanapun berdepan tugas sukar selepas ini apabila dijadual menentang pilihan kelima dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota esok.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri



Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker