‘Panglimawati UMNO’ pertahan Zahid dari kritikan prestasi buruk BN

Ketua Penerangan Umno Azalina Othman Said mempertahankan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi berhubung kritikan diterima selepas prestasi buruk gabungan itu pada PRN 12 Ogos lalu.

Beliau berkata, kepimpinan BN boleh memilih untuk bertanding lebih sedikit kerusi pada PRN enam negeri, tetapi tiada siapa membangkitkan sebarang isu apabila watikah (surat pelantikan calon) diberikan kepada 108 calon BN.

“Pelik dan ajaib sebenarnya. Ketika watikah diberi, pengerusi BN dipuji. Malah ada juga yang merasakan jumlah itu tak cukup.



“Tetapi hari ini, ada pula suara-suara sinis apabila ada kerusi yang kalah. Suara-suara ini tidak pula kedengaran ketika watikah diserahkan,” katanya dalam kenyataan.

Azalina berkata, Zahid sendiri memberi kebebasan kepada perhubungan negeri dan ketua bahagian dalam pemilihan calon yang difikirkan layak.

“Sebab itu saya katakan, ia tanggungjawab bersama,” katanya.

Sementara itu, Azalina berkata Umno memerlukan perubahan dari segi cara bagaimana parti itu bekerja dan menggerakkan kempennya bukan mendesak Zahid berundur.



Beliau mengakui Umno ketika ini ketinggalan dari segi peperangan saraf di platform digital.

“Pendekatan konvensional bersemuka tidak lagi menjadi tunjang utama kempen hingga ada ceramah fizikal tidak mendapat sambutan walhal, kempen sebenar adalah di platform digital,” katanya.

Azalina juga menegaskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bukanlah satu kesatuan yang sempurna.

Bagaimanapun, beliau berkata ada ruang untuk pembaikan dan yang pasti kerajaan perpaduan dibina dengan mencari titik persamaan, iaitu demi agama, bangsa dan negara.



“Akhir sekali, izinkan saya untuk melontarkan persoalan ini, adakah sudah tiba masanya untuk Umno bertanding atas tiket Umno pada pilihan raya akan datang atau masih lagi bawah bendera BN.

“Ataupun bawah BN dengan gabungan baharu,” soalnya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri



Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker