10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]

Seorang lelaki berkongsi  kisah sedihnya yang kematian isteri, tiga bulan selepas anak pertama dilahirkan dan setelah 10 tahun mereka menantikan  kehadiran cahaya mata, lapor portal berita Grip Pop semalam.

Berdasarkan  video tular di laman TikTok, si suami berkata, selama 10 tahun dia dan arwah isterinya, Ayu Pratiwi diuji tanpa kehadiran cahaya mata.

Namun, mereka tetap hidup bahagia dan bersama-sama meniti hari.



Pasangan suami isteri itu akhirnya menerima berita gembira apabila Ayu disahkan hamil pada tahun lalu sebelum melahirkan bayi mereka yang dinamakan Arya.

Bagaimanapun, ujian baharu menimpa lelaki tersebut apabila Ayu meninggal dunia dengan sebab yang tidak dinyatakan.

“Tepat tiga bulan selepas melahirkan Arya, Allah lebih menyayangi isteri saya,” katanya menerusi hantarannya di TikTok.

Hantaran lelaki tersebut menerima pelbagai komen netizen yang turut bersedih dengan ujian yang menimpanya.



“Saya turut menangis kerana saya juga perlu menunggu 11 tahun untuk hamil. Ya Allah, lindungilah kami dan sihatkanlah serta panjangkan umur kami,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri



Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker