Saya tak halalkan dunia akhirat – Izzaidah Khairan

Saya tak halalkan dunia akhirat – Izzaidah Khairan

Penerbit filem Imam, Izzaidah Khairan melahirkan perasaan kecewa dan kesal apabila filem pertama terbitan syarikatnya, Alkahfi Pictures ditayangkan secara berleluasa tanpa kebenaran di medium YouTube dan pelbagai saluran lain.

Izzaidah, seorang pelakon drama terkenal era 1980-an berkata, perkara ini disedari oleh salah seorang pekerjanya selepas Imam disiarkan menerusi platform Astro First.



“Imam arahan suami saya, Mior Hashim Manap ditayang di pawagam Mac lalu. Selepas itu baru kami bagi Astro First siarkan dan tayangan di YouTube dikesan selepas itu.

“Semasa perasan pun dah 70,000 tontonan di YouTube. Di TikTok, Instagram semua keluar. Ini buat saya sangat kecewa.

“Saya dah buat surat rasmi kepada Menteri KKD (Kementerian Komunikasi dan Digital) Yang Berhormat Fahmi Fadzil, aduan kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia), Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) Astro dan Empire sebagai pengedar kami,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, setakat ini dia tidak tahu tindakan pihak terbabit. Namun YouTube sudah menarik balik tayangan Imam.



“Tapi kat TikTok masih ada lagi yang keluar. Maknanya mereka dah ‘copy’ dan kemudian baru keluarkan. Ini kali pertama kami terbitkan filem. Apabila berlaku begini, sukar untuk kami hasilkan filem lain selepas ini.

“Kami teraniaya. Bila ditayangkan di pawagam tiada yang tengok. Tapi penonton sanggup tengok percuma. Bagi saya, orang yang upload di YouTube secara haram, cetak rompak, saya tak halalkan.

“Saya dah beritahu kat YouTuber itu kita jumpa di akhirat. Kalaupun saya tak berjaya saman mereka di dunia, akhirat nanti kita akan jumpa,” katanya.

Izzaidah berharap perkara sebegini tidak akan terjadi kepada produksi lain selepas ini.



“Kutipan Imam tak banyak. Yang penting kami nak orang hargai karya Sasterawan Negara, Allahyarham Abdullah Hussain. Bila kita buat karya yang bagus, secara langsung kita nak penonton tengok karya yang bagus.

“Slogan Finas filem kita wajah kita. Kalau tengok Imam, ceritanya berkisarkan masalah masyarakat kita. Itu baru kena dengan konsep. Lagipun novel Imam dapat pengiktirafan di luar negara,” katanya.

Filem Imam membariskan pelakon Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Natasha Charmain, Rahim Jailani, Sophia Ibrahim, Pool dan ramai lagi. HM

Saya tak halalkan dunia akhirat – Izzaidah Khairan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang



Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri

Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin



Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker